Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perluas usaha lahir usahawan celik ekonomi digital

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian komited memperluas­kan usaha ke arah melahirkan golongan usahawan tempatan yang celik ekonomi digital.

Menterinya Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, berikutan itu penganjura­n Seminar Memperkasa Ekonomi Digital diperluask­an ke Sandakan sebagai usaha memberi pendedahan mengenai ekonomi digital kepada usahawan di daerah ini.

“Acara ini penting sebab kita dapat kenalkan Sabah dengan ekonomi digital. Bulan lalu kita telah adakan acara yang sama di Kota Kinabalu dan sekarang kita bawa mesej yang sama ke Sandakan.

“Usahawan memainkan peranan yang penting dan memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negeri. Tetapikini­kitamahuus­ahawan kita melangkah ke dunia digital dan mengembang­kan lagi bisnes sendiri.

“Inibukansa­hajameliba­tkan usahawan yang mengeluark­an produk, tetapi juga yang menawarkan sebarang perkhidmat­an. Dalam tahun ini, kita menyasarka­n untuk melahirkan 1,000 usahawan digital,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Memperkasa Ekonomi Digital di ruang legar Harbour Mall Sandakan di sini pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Hashim Paijan dan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk James Wong.

Pada seminar itu, seramai 300 peserta telah hadir dengan pengisian tujuh slot ceramah melibatkan penceramah dari MDEC, Softwise Sdn Bhd, Hybrid Ultimate Sdn Bhd, BIMP-EAGA ICT Cluster, NCT Group dan TM.

Raymond berharap usahawan di daerah ini akan mengambil peluang dengan beberapa rancangan yang dijalankan oleh kementeria­nnya terutama dalam membantu usahawan kecil-kecilan melangkah ke dunia ekonomi digital.

Beliau pasti daerah ini mempunyai usahawan yang mengeluark­an produk atau perkhidmat­an yang berkualiti dan berpotensi dimajukan dengan platform digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia