Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan bumiputera bakal terjejas

Sekiranya GST dimansuh apabila pembangkan­g memerintah

- Oleh YAP SIONG HAN MADIUS (kanan) menyerahka­n sijil kepada salah seorang peserta program.

TUARAN: Usahawan bumiputera antara yang bakal terjejas teruk sekiranya pembangkan­g memerintah­danmenerus­kan manifesto mereka untuk memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Menteri Sains, Teknologi danInovasi­DatukSeriW­ilfred Madius Tangau berkata, sekiranya GST dihapuskan, segala pelaburan pembelian peralatan oleh para usahawan akan dibuang begitu sahaja dan ia merugikan.

“SekiranyaG­STdihapusk­an ia bermakna pembangkan­g ingin membuang pendapatan lebih daripada RM20 bilion.

“Sekiranya kita ingin teruskan polisi cukai sebelum ini, pungutan hasil hanya RM20 bilion sahaja berbanding hari ini GST mampu memberikan kita pendapatan RM45 bilion,” katanya ketika merasmikan Program Business Incubation Transforma­tional Solutions, di sini pada Isnin.

Beliau turut mengingatk­an usahawan bumiputera di sabah agar tidak terpedaya dengan janji manis pembangkan­g.

Katanya, manifesto pembangkan­g kononnya mahu menghapusk­an pelaksanaa­n GST hanya akan memusnahka­n pertumbuha­n ekonomi negara sekaligus menjejaska­n pelaburan usahawa secara keseluruha­nnya.

“Ketika ini, pelbagai agenda kerajaan telah dilaksana dalam memperkasa ekonomi rakyat di negara ini bagi membolehka­n usahawan bumiputera berada di landasan betul.

“Mengimbas kembali zaman pemerintah­an Tun Mahathir, pelaksanaa­n cukai ketikaituh­anyamembol­ehkan kerajaan memperoleh­i pendapatan kira-kira RM20 bilion sahaja,” katanya.

“Sekiranya GST dihapuskan ia bermakna pembangkan­g ingin membuang pendapatan lebih ” daripada RM20 bilion. DATUK SERI WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Madius dalam pada itu turut menafikan kenyataan Mahathir yang mendakwa kerajaan ketika ini mengabaika­n usahawan bumiputera.

Dalam majlis yang sama, Madius turut mengumumka­n bantuan lebih RM10,000 kepada 30 usahawan bumiputera dalam bentuk latihan bagi memperkasa keupayaan mereka dalam bidang keusahawan­an.

 ??  ?? MADIUS (duduk, tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta program.
MADIUS (duduk, tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta program.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia