Utusan Borneo (Sabah)

Francis utamakan pendidikan di Kapayan

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Ketua Bahagian MCA Penampang Datuk Francis Goh telah banyak memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar dan sekolah di Kapayan.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Penampang Mojuntin Ebin berkata, pelajar dan sekolah di Kapayan telah menikmati bantuan berkenaan melalui Tabung Pendidikan DFG yang diwujudkan tiga tahun lalu.

Katanya, antara bantuan berkenaan ialah bantuan kewangan pelajar cemerlang di samping bantuan kewangan untuk Persatuan Guru dan Ibu Bapa (PIBG) sekolah.

“Bagi saya, beliau adalah seorang pemimpin yang amat prihatin dalam soal pendidikan. Beliau mahu melihat anak-anak di Kepayan memperoleh kejayaan cemerlang bukan sahaja di peringkat sekolah menengah tetapi juga di peringkat universiti.

“Keprihatin­an beliau dalam menitikber­atkan soal pendidikan di daerah ini telah menjadikan beliau sebagai `idola’ pelajar di Kapayan,” katanya.

Sementara itu, seorang pesara kerajaan, Martin Lugu berkata Francis adalah seorang yang berwawasan, berpandang­an jauh dan kepimpinan­nya sesuai dengan keadaan semasa.

“Kebolehan dan kemahiran beliau dalam segala bidang perlu dicontohi dan diperturun­kan kepada golongan muda yang masih tercari-cari rentak dalam pembanguna­n minda,” katanya.

Katanya, selaku pemimpin korporatya­ngberjaya,Francis boleh mentransfo­rmasikan kemahiran dan pengalaman­nya kepada golongan usahawan muda agar mempunyai sikap daya saingdalam­aruspenban­gunan perdana.

“Beliau boleh menjadi idola kepada golongan muda ke arah menjadi usahawan yang mempunyai daya saing sesuai dengan perkembang­an semasa.

Justeru, beliau wajar dipilih menjadi wakil rakyat Kapayan selepas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya.

 ??  ?? MOJUNTIN
MOJUNTIN
 ??  ?? MARTIN
MARTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia