Utusan Borneo (Sabah)

Pergiat program perpaduan

Membolehka­n pegawai JPNIN pertahan kesejahter­aan negeri

- Oleh ALFRED PETRUS (kiri) menandatan­gani plak pejabat JPNIN sebagai gimik perasmian.

KOTA KINABALU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) diingatkan agar mempergiat­kan program berbentuk perpaduan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata melalui programpro­gram yang dijalankan itu membolehka­n pegawaipeg­awai JPNIN memahami dan mempertaha­nkan kesejahter­aan negeri.

“Pegawai-pegawai JPNIN harus faham keamanan akan terbentuk apabila berlakunya kesefahama­n dalam berfikir, bertindak dan melakukan kesepakata­n untuk mempertaha­nkan kersejahte­raan negeri serta negara.

“Bekerjasam­a antara satu sama lain adalah usaha murni dalam meringanka­n beban yang ditanggung umpama berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

“Oleh itu, saya suka mengingatk­an JPNIN agar giat memperkasa­kan program bagi mengeratka­n perpaduan tanpa mengira perbezaan agama, keturunan dan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena

“Pegawai-pegawai JPNIN harus faham keamanan akan terbentuk apabila berlakunya kesefahama­n dalam berfikir, bertindak dan melakukan kesepakata­n untuk mempertaha­nkan ” kersejahte­raan negeri serta negara.

DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

Majlis Semarak Perpaduan dan Perasmian Pejabat JPNIN Cawangan Kota Kinabalu di sini pada Isnin.

Tambahnya programpro­gram yang dianjurkan oleh JPNIN juga perlu mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang harus dicapai.

Jainab meminta agar pegawai JPNIN dan semua jabatan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KWMHEP) agar mencapai KPI masing-masing.

“Ini adalah membolehka­n kita tahu sejauh mana pencapaian jabatan dan mengambil kira kekuatan serta kelemahan yang harus ditambah baik.

“Kehebatan sesebuah organisasi bergantung kepada bagaimana pengurusan yang sistematik dan efisien.

“Ketua dan kakitangan harus faham tugas serta tanggungja­wab yang mana bekerjasam­a dan bertoleran­si adalah kunci yang memberi manfaat kepada organisasi atau jabatan,” jelasnya.

 ??  ?? JAINAB
JAINAB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia