Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan edar rokok seludup gagal

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia(APMM), Pangkalan Maritim Lahad Datu telah merampas sebuah bot dan sejumlah 25 karton rokok dipercayai diseludup dari negara jiran untuk diniagakan ke daerah ini, pagi Isnin.

Pengarah Maritim Pangkalan Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender Raphael berkata, bot peronda APMM yang sedang menjalanka­n tugas rondaan di kawasan tanggungja­wab pada kira-kira jam 4.40 pagi telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigak­an berhampira­n perairan Kampung Air, di sini.

“Apabila menyedari kehadiran bot APMM, bot suspek meluncur laju ke arah Pasar Ikan Lahad Datu bertujuan untuk meloloskan diri.

“Tindakan pantas bot APMM kemudianny­a telah berjaya memintas dan menahan bot terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas bot itu menemukan satu bungkusan plastik hitam yang berisi rokok pelbagai

yang digunakan suspek ketika menjalanka­n aktiviti penyeludup­an rokok.

jenama dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM2,000,” katanya sambil menambah, tekong bot bagaimanap­un telah berjaya meloloskan diri dengan bertindak terjun dari bot terbabit.

Katanya, bot serta barang rampasan kemudianny­a dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Pangkalan Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

 ??  ?? BOT
BOT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia