Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak maut akibat lemas

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PAPAR: Mayat seorang kanakkanak lelaki dipercayai lemas ditemukan kira-kira jam 6.50 pagi pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, mangsa dikenali sebagai Petrus Lai Chui Ming, 12.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa bersama seorang lagi lelaki mandi di Pantai Kuala Bundusan di sini pada Ahad.

Katanya, mangsa kedua dikenali sebagai Ng Hoi Lang, 20, dan masih belum ditemui.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan dan setakat jam 5.30 petang Isnin, mangsa belum dijumpai.

“PusatKawal­anTempatKe­jadian (PKTK) turut dibuka di kawasan kejadian membabitka­n lima jentera dan lima buah bot.

“Jarakpenca­rianturutd­ilanjutkan hingga keluasan lima batu nautika dan akan diteruskan sehingga jarak yang lebih luas,” katanya mengesahka­n kejadian di sini pada Isnin.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat atau menemukan mangsa diminta segera berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-916064.

Pihaknya menyiasat dan mengklasif­ikasikan kes berkenaan sebagai Orang Hilang (OH).

Dalam pada itu, sekumpulan nelayan yang menyertai operasi SAR menemukan mayat kanak-kanak terbabit sekitar satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap bomba memaklumka­n, kanak-kanak berkenaan adalah anak kepada majikan mangsa yang masih hilang.

 ??  ?? MAYAT mangsa berjaya ditemukan dalam operasi SAR pagi ini.
MAYAT mangsa berjaya ditemukan dalam operasi SAR pagi ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia