Utusan Borneo (Sabah)

Tipu bayaran tunggakan sewa kedai dan bil

Wanita ketahui nasib 10 Mei

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini, menetapkan sebutan semula kes pada 10 Mei terhadap seorang wanita yang didakwa atas dua pertuduhan menipu melibatkan tunggakan sewa kedai dan bil.

Majistret Cindy Mc Juce membuat keputusan itu terhadap Wong Su Yun, 47, yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwara­ya.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara setahun hingga sepuluh tahun dan sebat, atau denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa memperdaya­kan Noney Kinsun, 43, menyerahka­n RM5,400 berkenaan tunggakan sewa kedai selama tiga bulan, pada 15 September tahun lalu jam 11 malam di Bismi Superstore, Jalan Likas Plaza, di sini.

Pada 17 September tahun lalu jam 9.48 malam di bank CIMB Inanam, tertuduh memperdaya­kan mangsa memasukkan wang RM1,400 ke dalam akaun Mohd Yusuf Hasan, 47, berhubung tunggakan bil elektrik dan air.

Terdahulu, pengadu hadir di mahkamah menyatakan sudah membuat laporan polis untuk menarik kes terhadap tertuduh, tanpa paksaan ketika disoal Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin.

“Tertuduh sudah membayar RM6,800 kepada saya, dan saya juga tidak mempunyai banyak masa meneruskan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Albert memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes untuk mendapatka­n arahan daripada Timbalan Pendakwara­ya.

Mahkamah melanjutka­n ikat jamin tertuduh sebanyak RM2,600 dicagarkan dua penjamin tempatan, sehingga kes berkenaan selesai.

“Tertuduh didakwa memperdaya­kan Noney Kinsun, 43, menyerahka­n RM5,400 berkenaan tunggakan sewa kedai selama tiga bulan, pada 15 September tahun lalu jam 11 malam di Bismi Superstore, Jalan Likas Plaza, di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia