Utusan Borneo (Sabah)

Lima pemandu mabuk didenda

-

KOTA KINABALU: Lima pesalah trafik dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chong Chee Yung, 28, Gary Clarence Solt, 30, Jacky Chen Ket Khee, 24, Lim Sian Yong, 36, dan Hiew Shau Heng, 24, selepas mengaku salah.

Hiew dan Gary masingmasi­ng didenda RM1,300, manakala Chong, Jacky dan Lim dikenakan RM2,000, RM2,300 dan RM1,600, jika gagal bayar penjara empat bulan.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, denda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara selama tempoh setahun.

Chong dan Gary didapati memandu dalam pengaruh alkohol, pada 17 Mac dan 25 Februari di Jalan Lintas dan Jalan Tunku Abdu Rahman, di sini.

Sementara Jacky pada 21 Jun 2015 dan Hiew pada 9 Disember tahun lalu, serta Lim pada 17 Mac di Jalan Coastal dan Jalan Kolam, di sini.

Semua pendakwaan dilakukanP­egawaiPend­akwa Insp Hanif Mamyudi dari Jabatan Trafik.

Dalam kes berasingan, Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz mengenakan penjara empat bulan terhadap tiga wanita warga asing, kerana memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Nurul Syafiqa Herman, 23, Rumaina Abu Bakar, 43, dan Nurul Suraini Amirullah, 20, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Mereka yang tidak bekerja mengaku sudah menetap di negara ini antara tempoh empat tahun hingga sepuluh tahun.

Semasa rayuan, ketiga-tiga tertuduh memohon hukuman yang ringan, disamping Rumaina menyatakan dirinya mengandung.

Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng menegaskan hukuman setimpal harus dikenakan, selain memohon semua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen, selepas tamat tempoh pemenjaraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia