Utusan Borneo (Sabah)

18 lelaki didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’

-

KUALA LUMPUR: Seramai 18 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Isnin atas pertuduhan menganggot­ai kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ yang dipercayai aktif melakukan jenayah serius termasuk bunuh dan samun di sekitar ibu negara sejak tiga tahun lepas.

Mereka ialah R.Nagarajan, R.Ganesh, K.Ron Raniel, K.Baramuruli, V. Anith Kumar, P. Sharveswar­an, R. Alagendran Pillai, S. Kanagadran, M. Satish Varman, S. Shashi Kumar, G. Thiagu, S. Pandian, C. Navin Naidu, M. Neriendran, V. Shasi Kumar, B. Seleveraj, M. Parwin dan L. Pravin Kumar, yang berusia antara 19 dan 38 tahun.

Mereka dituduh menganggot­ai kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08’ di sini antara 1 Jan 2015 dan 8 April tahun ini mengikutSe­ksyen130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin, kesemua tertuduh mengangguk sebagai tanda faham.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka juga tidak dibenarkan diikat jamin kerana ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (LangkahLan­gkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak boleh dijamin. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala 11 daripada 18 tertuduh diwakili peguam Najib Zakaria, K.Komagan, Yeoh Siang Thing, Harpal Singh, M. Yoshini, K.Muralidhar­an dan S. Narasimhan dan selebihnya tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, suasana di luar dan dalam bilik bicara mahkamah dikawal ketat oleh sepasukan anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman yang lengkap memakai topeng dan meletakkan pita kuning polis bagi mengawal keselamata­n selain beberapa anggota keluarga setiap tertuduh dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.

Ketika prosiding, mahkamah agak kecoh apabila beberapa tertuduh mahu bercakap dan memberitah­u mereka tidak terlibat dengan kongsi gelap selain mengatakan siapa yang mahu menjaga anak dan isteri mereka apabila mereka berada di penjara sebelum ditenangka­n anggota polis.

Media sebelum ini melaporkan bahawa polis menerusi Op Capital dari 28 hingga 30 Mac lalu telah menahan anggota-anggota kongsi gelap ‘Geng 08’ serta memburu beberapa orang lagi kerana didakwa terbabit dalam jenayah terancang dan serius seperti bunuh, peras ugut, pengubahan wang haram dan samun.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia