Utusan Borneo (Sabah)

Miliki dadah: Lelaki dan wanita dipenjara

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan wanita dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku mengaku bersalah memiliki dadah.

Jimman Marajin, 32, yang tidak memiliki dokumen diri dan Nur Farhana Abdullah, 21, masing-masing dikenakan pemenjaraa­n selama tempoh 16 bulan dan enam bulan.

Mereka yang disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, diperintah­kanMajistr­etCindy Mc Juce Balitus menjalani hukuman terbabit bermula dari tarikh tangkap.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM100,000 atau penjara selama tempoh lima tahun, atau kedua-duanya.

Nur Farhana yang ditangkap polis dalam Op Tapis di Jalan Sembulan Tengah di sini, didapati memiliki Methamphet­amine seberat 0.05 gram, pada 26 Februari.

Manakala Jimman memiliki jenis dadah yang sama seberat 0.65 gram, pada 14 Februari di sebuah rumah, Kampung Lobou, Manggatal, di sini.

Kedua-dua tertuduh diperintah­kan menjalani pemenjaraa­n terbabit secara serentak, atas kesalahan menggunaka­n dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama.

Tamat tempoh hukuman terbabit, Jimman diarahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 29 tahun dikenakan denda RM2,500 atau penjara tujuh bulan atas kesalahan menggunaka­n dadah.

Henry Boy Teksuan mengakuber­salah,melakukan kesalahan itu pada 4 Februari di sebuah pusat hiburan, Waterfront, di sini.

Cindy juga memerintah­kan tertuduh berada dalam pengawasan polis selama tempoh dua tahun, selain melaporkan diri di balai polis terdekat mengikut masa yang ditetapkan.

Semua pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia