Utusan Borneo (Sabah)

Rozman tekad bangunkan Labuan

-

LABUAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Rozman Isli bertekad akan meneruskan agenda membangunk­an Wilayah Persekutua­n Lahuan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, momentum pembanguna­n Labuan yang kini sedang menuju ke hadapan wajar diteruskan oleh pemimpin BN itu sendiri.

Justeru katanya, kemenangan BN dengan majoriti lebih besar amat diperlukan untuk memastikan rakyat terus menikmati pembanguna­n dan kesejahter­aan pada masa akan datang.

“Kita tidak mahu menoleh ke belakang lagi dalam memastikan Labuan terus menikmati arus pembanguna­n lebih pesat. Pembinaan jambatan dari Labuan ke Menumbok merupakan agenda besar kepimpinan BN untuk kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Rozman yang juga pengerusi BN Labuan berkata demikian pada majlis meraikan pencalonan semula beliau sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen P166 Labuan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Lebih 2,000 penyokong BN menyambut ketibaan Rozman di Lapangan Terbang Labuan dan Markas BN di Kampung Pantai, malam Ahad.

Antara yang hadir ialah Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Naib Ketua Bahagian Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua Wanita Datuk Aini Safar, Ketua Pemuda Umno Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan dan Ketua Puteri Nur Erney Jamil.

Hadir sama, Ketua MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui, Ketua MIC Datuk Ramasamy Rengasamy, Ketua Gerakan Datuk Oi Thiam Beng, Ketua PBS Datuk Peter Mak, Ketua Upko Datuk Ronald James dan Pengerusi Tetap Umno Datuk Abd Rahman Lamudin.

Majlis sambutan itu dimeriahka­n lagi dengan kehadiran ibu bapa Rozman iaitu Amnah Haji Kurus dan Datuk Isli Siput serta isteri Rozman, Datin Kazirah Kadir.

Rozman bakal menerima tentangan daripada Pas, PKR dan Warisan serta calon Bebas pada PRU14.

Sementara itu, Mohd Rafi yang juga setiausaha politik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ketiga-tiga sayap BN Labuan, Wanita, Pemuda dan Puteri melafazkan ikrar untuk berjuang berhabis-habisan bagi mempertaha­nkan kerusi Parlimen Labuan.

Katanya, pelbagai strategi sudah disiapkan untuk memastikan kerusi Parlimen Labuan kekal menjadi milik BN.

“Semua jentera pilihan raya sudah pun bersiap sedia untuk menggempur pembangkan­g. Kemenangan dengan majoriti lebih besar sangat penting untuk meneruskan agenda pembanguna­n Labuan,” katanya.

Sementara itu, Peter berkata semua pemimpin dan ahli komponen BN sentiasa berdiri teguh di belakang Rozman atau lebih dikenali sebagai Abang Man.

Katanya, komitmen dan kesungguha­n Rozman memimpin BN selama ini menjadi kunci perpaduan yang jitu dalam kalangan komponen BN sekaligus memudahkan jentera pilihan raya menjalanka­n peranan masing-masing.

Dalam pada itu, Rozman mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan TengkuMans­oryangmemb­eri peluang sekali lagi kepada beliau untuk menjadi calon sekaligus mempertaha­nkan kerusi Parlimen Labuan pada PRU14.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua pemimpin Umno dan BN serta penyokong setia BN yang memberikan sokongan padu kepada beliau selama ini dalam menjalanka­n tugas sebagai Ahli Parlimen Labuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia