Utusan Borneo (Sabah)

Terus bersatu beri sokongan padu kepada BN

-

KUNAK: Persatuan Perpaduan Bugis Melayu Malaysia (PRBM) menyeru masyarakat Bugis di daerah ini untuk terus bersatu memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN).

Presiden PRBM Dato’ Samsul Alang Hamsah berkata, ia kerana BN telah banyak membantu menyalurka­n pelbagai pembanguna­n untuk rakyat seperti yang dinikmati hari ini.

“Saya menyeru kepada anda semua (masyarakat Bugis) untuk berdiri teguh di belakang BN,” katanya pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Bugis di kediaman Ketua Wanita PRBM Kunak Murni Sulaiman di Kampung Kadazan Kunak, di sini.

Majlis perjumpaan itu adalah Siri Jelajah Kempen PRBM untuk membantu BN mengekalka­n kemenangan pada pilihan raya umum ke14 (PRU14).

“Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menyedari bahawa kita sekarang hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Tidak seperti rakyat di negara lain, di mana para pemimpinny­a bertelingk­ah sesama sendiri dan yang menjadiman­gsaadalahr­akyat. Rakyat tiada pekerjaan, makan pun susah, tiada tempat tinggal dan lari ke sana sini kerana mencari perlindung­an.

“Di Malaysia rakyatnya terbela. Mudah berbelanja, anak-anak senang ka sekolah kerana kerajaan menyediaka­n pelbagai kemudahan seperti peluang pekerjaan, peluang perniagaan, bantuan persekolah­an dan sebagainya,” katanya.

Tambah Samsul, kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang dipimpin BN juga telah menarik ramai pelabur asing datang untuk melabur di negara ini, termasuk di Sabah dan daerah-daerah di negeri ini.

Seperti yang dapat dilihat hari ini, beliau berkata Kunak juga terus pesat membangun kerana kesungguha­n BN yang mengotahka­n janjnya, dan wakil rakyatnya yang bekerja keras melaksanak­an amanah yang diberikan rakyat.

“Sebab itu, kita mesti bantu memastikan­BNmenangbe­sar sekali gus mengekalka­n parti ini untuk terus memerintah kerajaan selepas PRU14,” katanya.

Sementara itu, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Nilwan Kabang menghargai sokongan masyarakat Bugis terhadap BN di Kunak.

Katanya, sokongan itu telah membolehka­n BN menyalurka­n lebih banyak pembanguna­n ke daerah ini.

“Selaku wakil rakyat di sini, saya sentiasa menitikber­atkan kebajikan semua pengundi di Kunak. Saya sentiasa terbuka kepada mana-mana masyarakat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau juga menyeru kepada pengundi di Kunak untuk terus bersatu pada,”kerana bila kita bersatu kita teguh.”

Beliau berkata, Kunak adalahkubu­kuatBNdank­ubu itu mesti dipertahan­kan dan yang mempertaha­nkannya ialah rakyat serta pengundi di sini.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Samsul kerana dapat meluangkan masa untuk datang ke Kunak bagi membantu memberikan penerangan kepada masyarakat Bugis betapa pentingnya BN dikekalkan sebagai pemerintah untuk menjamin masa depan anakanak dan seterusnya generasi yang akan datang.

Untuk rekod, Kunak mempunyai kira-kira 4,200 pengundi masyarakat Bugis. Turut hadir, Pengerusi PRBM Bahagian Kunak Dollar Yakin.

 ??  ?? SAMSUL dan Nilwan (duduk, tengah) bersama sebaiagian masyarakat Bugis di Kampung Kadazan.
SAMSUL dan Nilwan (duduk, tengah) bersama sebaiagian masyarakat Bugis di Kampung Kadazan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia