Utusan Borneo (Sabah)

PBS akan kekal bertanding di Kadamaian

-

KOTABELUD:PartiBersa­tu Sabah (PBS) Kadamaian berkeyakin­an akan diberi mandat untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Satu mesyuarat khas AJK bahagian bersama pergerakan Pemuda dan Wanita telah memutuskan untuk menyampaik­an bantahan keras kepada kepimpinan tertinggi parti berhubung khabar angin yang tersebar luas di Kadamaian mengenai pertukaran kawasan antara PBS Kadamaian dan Upko Bingkor melalui Biro Politik Pusat.

Ketua Bahagian PBS Kadamaian Demis Rumanti menyifatka­n khabar angin itu sengaja disebarkan oleh pihak tertentu untuk mengganggu gugat hubungan baik komponen BN di Kadamaian.

Beliauyaki­nmesejakar­umbi telah disampaika­n kepada kepimpinan dan memahami sentimen seramai 6,000 ahli PBS di Kadamaian.

Beliau yang mempengeru­sikan mesyuarat khas turut menyampaik­an amanat presiden pada Sabtu untuk berkerja keras memastikan calon PBSBN Kadamaian menang dalam PRU14, memantapka­n kerjasama dan memberi motivasi berterusan untuk terus berjuang.

Menurutnya, PBS akan mewakili BN bertanding dalam PRU14. Presiden Parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah membuat pengesahan dalam perjumpaan dengan Biro politik Parti di Ibu Pejabat PBS pada petang Jumaat.

Demis berkata, calon BN diyakini memenangi PRU14 kerana pelbagai faktor, termasukla­h meningkatn­ya kerjasama padu semua komponen BN berbanding pilihan raya lepas, semua komponen telah bertungkus lumus memberi perkhidmat­an kepada rakyat berikutan kekalahan, dan tsunami peralihan sokongan masyarakat Kadamaian terhadap BN luar biasa kerana mereka dahagakan pembanguna­n.

Tambahnya, formula pertukaran antara kerusi Upko Bingkor dan PBS Kadamaian tidak menguntung­kan BN kerana ia akan mengalihka­n sokongan undi kepada pembangkan­g yang mengakibat­kan kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan kalah sekali lagi. Bukan sahaja kawasan DUN tetapi juga melibatkan Parlimen Kota Belud dan Parlimen Keningau.

Katanya, pemimpin BN khususnya Upko Bingkor telah memberikan perkhidmat­anterbaikk­epada kawasan yang diberikan berdasarka­n kuota. PBS Kadamaian juga telah bekerja keras berdamping dengan masyarakat bagi menebus kekalahan pada pilihan raya lepas.

“PBS Kadamaian telah bertungkus lumus dan sentiasa bersama dengan rakyat dalam pelbagai segi termasukla­h memberikan sokongan dan dorongan sosio ekonomi termasukla­h dalam bidang pelanconga­n yang pada ketika ini telah memberikan peningkata­n ekonomi yang sangat ketara di kawasan Kadamaian,” katanya.

 ??  ?? DEMIS (tengah) bersama AJK bahagian, Pemuda dan Wanita.
DEMIS (tengah) bersama AJK bahagian, Pemuda dan Wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia