Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan keselamata­n pekerja

Majikan perlu berpengeta­huan tentang aspek keselamata­n

-

BONGAWAN: Majikan diingatkan supaya sentiasa memberi keutamaan soal keselamata­n dan penjagaan kesihatan pekerja bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Datuk Seri Panglima Haji Abdul Rahim Ismail berkata majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan.

“Majikan perlu berpengeta­huan tentang aspek keselamata­n dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

“Majikan juga perlu memperting­katkan kesedaran tentang kepentinga­n keselamata­n dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pengurusan dan pekerja secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian program Advokasi Pencegahan Kesihatan dan Saringan Kesihatan anjuran bersama Perkeso, LKTNS dan Syarikat Sedafiat Sdn Bhd, di sini.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ketua Audit Dalaman dan Komunikasi Korporat LKTNS, Syaheddrul R

DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)

Joddari.

Rahim berkata, inisiatif penambahba­ikan secara berterusan daripada kerajaan berhubung kait mengurangk­an kadar kemalangan dan penjagaan tahap kesihatan mampu direalisas­ikan dengan peranan Perkeso.

“Ia merupakan agenda kerajaan yang sentiasa memberi perkhidmat­an terbaik untuk rakyat dan sentiasa mendekati pekerja dan rakyat melalui program seumpama ini.

“Ia juga selaras dengan slogan Perkeso ‘Peneraju Keselamata­n Sosial Terunggul di Malaysia. Program ini juga selari dengan dasar kerajaan ‘Rakyat Didahuluka­n dan Pencapaian Diutamakan,” katanya.

Turut hadir ialah Pengarah Perkeso Negeri Sabah Dr Mohd Ali Hindia, penceramah dari Balai Polis Daerah Papar Inspektor Jigger Jiffery serta para pegawai Sedafiat.

“Majikan juga perlu memperting­katkan kesedaran tentang kepentinga­n keselamata­n dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pengurusan dan pekerja secara konsisten, ”

 ??  ?? PARA pegawai Perkeso, LKTNS, Sedafiat dan peserta program Advokasi Pencegahan Kemalangan dan Saringan Kesihatan.
PARA pegawai Perkeso, LKTNS, Sedafiat dan peserta program Advokasi Pencegahan Kemalangan dan Saringan Kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia