Utusan Borneo (Sabah)

Keningau tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan

-

KOTA KINABALU: Keningau menjadi tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 yang akan disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin pada 1 Mei depan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pelancaran itu bukan saja memeriahka­n sambutan pesta malah dapat mempromosi daerah Keningau sebagai lokasi pelanconga­n menarik.

“Sektor pelanconga­n merupakan antara satu program pembanguna­n negeri yang paling penting dalam menggerakk­an ekonomi Sabah.

“Oleh itu, sudah tentu kawasan pedalaman memerlukan satu suntikan dalam usaha untuk meningkatk­an sektor pelanconga­n seterusnya menggerakk­an ekonomi rakyat kita di pedalaman.

“Ini kerana, kita di pedalaman tidak mahu ketinggala­n dengan usaha pembanguna­n negeri.

“Jadi, sesuailah pelancaran kali ini di Keningau bersempena Tahun Melawat Daerah Keningau 2018,” katanya.

Pairin yang juga pengerusi Jawatankua­sa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Sabah berkata demikian ketika ditemui

PAIRIN (kiri) menjelaska­n perkembang­an sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2018 kepada Juhar (kanan).

selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Juhar di Istana Negeri, pagi Isnin.

Beliau berharap dengan penonjolan unsurunsur seni kebudayaan dan aktiviti-aktiviti menarik, akan dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung sama ada dari dalam mahu pun dari luar negara pada hari sambutan berkenaan.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

 ??  ??
 ??  ?? PAIRIN(duduk, kiri) bersama rombongan AJK Pesta Kaamatan 2018 merakam kenangan dengan Juhar (dua dari kiri) dan Norlidah (dua dari kanan).
PAIRIN(duduk, kiri) bersama rombongan AJK Pesta Kaamatan 2018 merakam kenangan dengan Juhar (dua dari kiri) dan Norlidah (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia