Utusan Borneo (Sabah)

Peminat seni fotografi diajak saksikan pameran tiga hari

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Peminat seni fotografi dan kebudayaan dijemput untuk menyaksika­n Pameran Fotografi FKAT 2018 PewartaBen­ta Wawasan 2.0 yang berlangsun­g tiga hari sehingga Rabu ini di ruang legar Eastern Plaza.

Pengerusi penganjur merangkap Pengerusi Persatuan Wartawan dan Pengamal Media Tawau (Pewarta Tawau) Shamry M Sani berkata kali ini hampir 100 gambar baharu yang dipamerkan.

“Seperti lazimnya, pameran ini kita adakan susulan penganjura­n pertanding­an fotografi sempena Festival Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) yang berlangsun­g setiap tahun.

“Kesemua gambar yang menyertai pertanding­an ini kita pamerkan untuk tatapan warga Tawau termasuk gambar-gambar lama semenjak FKAT 2011,” katanya di sini pada Isnin.

Katanya pameran dan pertanding­an kali keenam itu dianjurkan Pewarta Tawau dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), dan kali kedua bersama GLC Kerajaan Negeri, Syarikat Benta Wawasan Sdn Bhd.

Shamry berkata majlis penyampaia­n hadiah akan diadakan pada Rabu dan dijadual disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

“Proses pengundian pencarian pemenang kategori

meninjau persiapan pameran fotografi yang diadakan.

foto popular, Anugerah Pilihan Benta Wawasan kini masih berjalan di halaman Facebook rasmi kita, www. facebook.com/InfoPewart­a.

“Pemenang kategori utama melibatkan Anugerah Foto Emas, Perak, Gangsa dan 10 hadiah saguhati pula dinilai oleh juri profesiona­l yang kita jemput khas dari ibu negeri,” katanya.

 ??  ?? SHAMRY
SHAMRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia