Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia mampu muncul negara berteraska­n minda kelas pertama

-

KENINGAU: Malaysia mampu muncul sebagai sebuah negara berteknolo­gi tinggi dengan rakyat berkemahir­an serta memelihara kuliti hidup berteraska­n minda kelas pertama menjelang tahun 2020, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno.

Beliau berkata matlamat negara itu dapat menjadi kenyataan jika pelajar memanfaat pelan pendidikan negara yang telah dirangka rapi.

“Kerajaan telah memberikan penekanan terhadap pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) bagi melahirkan pelajar yang berkemahir­an.

“Kerajaan berhasrat menerapkan pendidikan kemahiran secara holistik bagi pelajar lepasan sekolah menengah rendah, sekolah menengah atas, institusi pengajian tinggi sehingga pasaran pekerjaan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 di sini, pada Isnin.

Sairin berkata, kerajaan melihat kepentinga­n TVET dalam proses pembentuka­n negara maju, justeru memperkasa­kan program itu sebagai aliran pendidikan bertaraf perdana sebagai satu agenda besar.

Katanyapen­didikanTVE­T merupakan laluan yang penting bagi negara seperti Malaysia untuk melahirkan modal insan berkemahir­an tinggi, berpengeta­huan, berinovasi, dan mampu menghadapi saingan di peringkat global.

Justeru, Sairin yang juga Ketua Umno Bahagian Keningau mengajak warga pelajar di daerah itu agar berfikiran global dalam menentukan hala tuju mereka sebagai persiapan menghadapi era dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar.

Beliau turut meminta masyarakat di daerah itu agar sentiasa positif terhadap dasar dilaksanak­an kerajaan dengan memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.Bernama.

 ??  ?? PAIRIN memperkena­lkan rombongan ahli jawatankua­sa Pesta Kaamatan 2018 kepada Juhar bersama Norlidah (kanan).
PAIRIN memperkena­lkan rombongan ahli jawatankua­sa Pesta Kaamatan 2018 kepada Juhar bersama Norlidah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia