Utusan Borneo (Sabah)

Polis edar lakaran wajah suspek kes tembak Dr Fadi

-

KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarka­n lakaran wajah dua suspek yang disyaki menembak mati Dr Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah dari Palestin, di semua pintu masuk dan keluar negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lakaran wajah itu dihasilkan berdasarka­n keterangan saksi pada hari kejadian.

“Berdasarka­n lakaran imej, seorang daripada suspek berkulit cerah yang dipercayai dari negara Timur Tengah atau Eropah.

Kedua-dua suspek berjambang, mempunyai ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berbadan tegap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM dan Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di sini pada Isnin.

Beliau berkata polis turut mengeluark­an dua lakaran jenis motosikal berkuasa tinggi berwarna gelap iaitu BMW GS dan Kawasaki Versys yang kemungkina­n digunakan suspek ketika kejadian.

Katanya polis sedang bekerjasam­adenganpel­bagaiagens­i termasuk Jabatan Imigresen bagi menjalanka­n siasatan menyeluruh selain usaha mengesan kedua-dua suspek yang berpakaian jaket warna gelap dan bertopi keledar gelap pada hari kejadian.

Selain itu, Mohamad Fuzi berkata hasil bedah siasat pakar perubatan pada Ahad mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan akibat tembakan.

“Siasatan forensik juga mengesan 14 kesan peluru pada kepala dan badan mangsa. Kami akan menghantar semua peluru dan kelongsong peluru yang ditemui kepada pakar untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis senjata yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memanggil adik lelaki kepada Dr Fadi iaitu Dr Rami Al Batsh yang baru tiba dari Jerman pada Ahad bagi membantu siasatan sekiranya perlu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia