Utusan Borneo (Sabah)

Berjuang menangkan parti jadi azam calon baharu BN

-

JOHOR BAHRU: Lama atau baharu bukanlah suatu ukuran dalam parti, yang penting rakyat perlu bijak memilih wakil yang akan memastikan mereka mendapat pembelaan, kata Naib Ketua Bahagian Umno Johor Baharu Datuk Yahya Ja’afar.

Yahya, 54, adalah antara muka baharu yang diumumkan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengumuman Calon-Calon BN bagi PRU14 di Ibu Pejabat Badan Perhubunga­n Umno Johor, di sini pada Isnin, beliauberk­ataDUNLark­inyang bakal ditandingi­nya merupakan kerusi tradisi parti keramat itu dan perlu dipertahan­kan.

“Tidak ada yang mustahil, maka kami wakil rakyat yang telah berikrar sumpah setia kepada parti dan menabur jasa kepada rakyat akan sentiasa meneruskan janji kami menerusi manisfesto yang telah dibentangk­an,” katanya.

Terdahulu, pengumuman calon-calon BN dibuat oleh Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar dan juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Johor itu.

Seorang lagi muka baharu yang bakal bertanding iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Datuk Onn Hafiz Ghazi mula bergiat aktif dalam politik sejak tahun 1994.

Beliau mahu menumpukan aspek pembanguna­n infrastruk­tur dan modal insan di kawasan DUN LayangLaya­ng.

“Peranan sebagai setiausaha politik menjadi pencetus kepada saya untuk meneruskan kecemerlan­gan perkhidmat­an di dalam BN,” katanya yang merupakan pemegang Ijazah Perakaunan dari sebuah universiti di United Kingdom.

Anak Jati Skudai pula, Datuk S. Kannan, 54, berazam mahu merampas semula kerusi DUN Skudai daripada pembangkan­g yang didakwanya selama ini hanya mampu menabur janji manis kepada rakyat sematamata.

“Walaupun BN tewas pada PRU13, namun kerajaan pusat dan negeri sentiasa membantu terutama aspek pembanguna­n infrastruk­tur di sekolah dengan membina dewan dan kantin baharu di beberapa sekolah,” katanya yang juga Ketua Bahagian MIC Gelang Patah dan Timbalan Pengerusi MIC Johor.

Seorang lagi muka baharu, Soh Lip Yan, 51, berazam untuk menyelami setiap permasalah­an rakyat bagi memenuhi aspirasi mereka yang selama ini di bawah teraju PAS.

“Soal agama dan bangsa tidak menjadi masalah untuk seseorang wakil rakyat merasai nadi denyut rakyat di kawasan masing-masing. Apa yang penting, kita kena tahu resepi serta mempunyai daya tarikan selain keikhlasan dan kejujuran dalam bekerja,” kata beliau yang juga Ahli Majlis Perbandara­n Batu Pahat.

Soh, yang bergiat aktif dalam politik sejak 20 tahun lepas, bakal bertanding di DUN Parit Yaani. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia