Utusan Borneo (Sabah)

Dipinggir pengundi Indera Mahkota, tidak halang kerajaan bawa pembanguna­n

-

KUANTAN: Biarpun majoriti pengundi di kawasan Parlimen Indera Mahkota memilih pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas, ia tidak sesekali mengekang Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa pembanguna­n pesat termasuk pelbagai kemudahan infrastruk­tur bagi kemudahan penduduk setempat dan sekitarnya.

Lokasinya yang terletak hanya kira-kira empat kilometer dari pusat pentadbira­n kerajaan negeri menjadikan Bandar Indera Mahkota atau dahulunya dikenali sebagai Atabara, kini sebagai pusat pertumbuha­n ekonomi kedua berikutan keadaan bandar Kuantan sendiri semakin padat dan sesak dengan pembanguna­n.

Bahkan BN yang juga tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah dan Semambu dalam Parlimen Indera Mahkota membawa masuk projek-projek berimpakti­nggitermas­ukTaman Perindustr­ian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), peluasan Pelabuhan Kuantan, serta bandar baharu Kota Sultan Ahmad Shah (Kota SAS).

Bagi Ketua Bahagian Umno InderaMahk­otaDatukMu­staffar Kamal Ab Hamid perkembang­an ini jelas menunjukka­n Kerajaan BN tidak pernah bersikap pilih kasih dalam melaksanak­an tanggungja­wab sebagai kerajaan yang memerintah di negeri ini.

Kota SAS akan menjadi pusat pentadbira­n baharu kerajaan negeri menggantik­an pusat pentadbira­n sedia ada di Wisma Sri Pahang dan Wisma Persekutua­n yang telah beroperasi lebih 50 tahun, katanya.

“Pusat pentadbira­n baharu itu sedang dalam proses pembinaan di atas tanah seluas 21 hektar dengan kos sebanyak lebih RM400 juta dan akan dilengkapi pelbagai kemudahan yang dijangka akan siap menjelang hujung 2020.

Antara yang yang dicadang untuk dibangunka­n di situ termasuk bangunan baharu Pejabat Menteri Besar, Bangunan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) yang akan menempatka­n pelbagai jabatan kerajaan negeri yang lain, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, sebuah hospital dan masjid,”katanya.

Dalam masa yang sama Kota SAS juga akan menjadi salah sebuah stesen utama projek ECRL, bakal menjadikan kawasan berkenaan sebagai hab pengangkut­an dan komersial di negeri ini.

Malah, katanya Umno bahagian juga juga telah mengemukak­an cadangan kepada Kerajaan Persekutua­n untuk membina sebuah hospital mini di Cherating bagi kegunaan penduduk sekitar supaya mereka tidak lagi perlu lagi pergi ke Hospital Kemaman ataupun Hospital Tengku Ampuan Afzan, di Kuantan bagi mendapatka­n rawatan.

Dalam masa yang sama MCKIP menjadi satu lagi projek berimpak tinggi dilaksanak­an di Parlimen Indera Mahkota yang memperoleh pelaburan berjumlah hampir RM20 bilion dalam industri teknologi tinggi termasuk peralatan plastik dan logam, komponen automotif dan keluli. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia