Utusan Borneo (Sabah)

Muka baharu dominasi calon BN Selangor

-

SHAH ALAM: Lebih dua pertiga daripada calon Barisan Nasional (BN) Selangor terdiri daripada muka baharu yang dipertaruh­kan untuk memperkuku­h misi merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berbaki kira-kira dua minggu lagi.

Kesemua 57 calon baharu daripada keseluruha­n 78 calon bagi 22 kerusi Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dinamakan untuk bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN pada 9 Mei ini.

Antara muka baharu yang dicalonkan ialah Ketua Wanita MIC Datuk M. Mohana yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Kapar dan Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Turut disenaraik­an untuk bertanding buat julung kalinya ialah Anggota Dewan Negara Megat Zulkarnain Omardin yang akan bertanding di DUN GombakSeti­a,KetuaPener­angan BN Selangor Datuk Zein Isma Ismail (DUN Paya Jaras).

Ketua Wanita Umno Bahagian Shah Alam Jumaeyah Masdi (DUN Kota Anggerik), setiausaha politik menteri pengangkut­an Kang Meng Fuat (Parlimen Selayang), Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Selangor Khairul Anuar Saimun (DUN Meru), peguam Imran Tamrin (DUN Sungai Panjang) dan arkitek muda Lee Yee Yuan (DUN Sekinchan).

Selain calon muka baharu, BN Selangor turut menyenarai­kan gandingan muka lama terdiri daripada penyandang yang dikekalkan, selain calon yang dinamakan semula serta calon yang membuat penampilan semula bagi pilihan raya umum kali ini.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar selepas majlis pengumuman calon BN di Bangunan Umno Selangor, di sini pada Isnin, berkata seramai lima penyandang kerusi Parlimen dan sembilan penyandang kerusi DUN dikekalkan dalam senarai kali ini.

Katanya beliau sendiri akan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Tanjong Karang, Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam); Budiman Mohd Zohdi (Sungai Besar), Datuk P. Kamalanath­an (Hulu Selangor) dan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor). -Bernama

 ??  ?? NOH OMAR (tiga, kiri) menerima watikah pelantikan calon Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Tanjong Karang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 daripada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga, kanan) pada majlis pengumuman calon-calon Barisan...
NOH OMAR (tiga, kiri) menerima watikah pelantikan calon Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen Tanjong Karang Bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 daripada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga, kanan) pada majlis pengumuman calon-calon Barisan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia