Utusan Borneo (Sabah)

Waktu Ranca Ranca ungguli tarik tali berperahu

Lengkapkan kemenangan 10 tahun berturut-turut di Cabaran Laut Antarabang­sa Labuan

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: ‘Waktu Ranca Ranca’ melengkapi kemenangan 10 tahun berturut-turut Cabaran Laut Antarabang­sa Labuan dalam acara ‘tarik tali berperahu’ setelah menjuarai kejohanan itu tahun ini yang telah diadakan 21-22 April lalu.

Pengurus pasukan Waktu Ranca Ranca, Awang Damit Haji Abdul Ajak berkata pihaknya bersyukur kerana berjaya mengunggul­i kejohanan bertaraf antarabang­sa itu yang disertai tujuh pasukan handalan beberapa buah wilayah berjiran meliputi Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

“Kemenangan itu men- jadi bonus kepada pelbagai siri latihan yang telah kami adakan termasuk keserasian dalam kalangan ahli pasukan ketika bertanding dan juga teknik yang diperbaiki dari setahun ke setahun,” kata Awang Damit yang juga jurulatih pendayung perahu.

Menyusul di tempat kedua ialah pasukan dari Sarawak, Bebuloh Labuan di tempat ketiga dan keem- pat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Dari keseluruha­n tujuh penyertaan, tiga pasukan dari Wilayah Persekutua­n Labuan dan empat lagi merupakan pasukan gabungan para peserta dari Labuan,Sabah, Sarawak dan Brunei. Awang Damit seterusnya menjelaska­n, pasukannya bergabung dengan penarik tali berperahu dari Labuan, Sabah dan Brunei atas sifat kejohanan itu yang bertaraf antarabang­sa dan kebetulan tidak mencukupi ahli. Kejohanan yang dianjurkan Labuan Internatio­nal Sea Challenge di tapak Pesta Sukan Laut Labuan itu merupakan acara tahunan dalam kalender pelanconga­n Wilayah Persekutua­n Labuan.

Atas kejuaraan itu, pasukan Waktu Ranca Ranca menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Kemenangan itu menjadi bonus kepada pelbagai siri latihan yang telah kami adakan termasuk keserasian dalam kalangan ahli pasukan ketika bertanding dan juga teknik yang diperbaiki dari setahun ke setahun.

AWANG DAMIT HAJI ABDUL AJAK Pengurus pasukan Waktu Ranca Ranca

 ??  ?? WAKTU RANCA RANCA menerima hadiah johan RM3,000. PANORAMA sukan laut ketika Waktu Ranca Ranca bertanding.
WAKTU RANCA RANCA menerima hadiah johan RM3,000. PANORAMA sukan laut ketika Waktu Ranca Ranca bertanding.
 ??  ?? AWANG (berdiri ketiga kanan) bersama pasukan Waktu Ranca Ranca.
AWANG (berdiri ketiga kanan) bersama pasukan Waktu Ranca Ranca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia