Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an sepak takraw erat silaturahi­m

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sebanyak 22 pasukan sepak takraw lelaki telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw yang dianjurkan oleh belia Kampung Melayu Bumiputera pada 21 dan 22 April di gelanggang sepak takraw Sim-Sim Medium Rise Housing.

Program santai itu bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam arena sepak takraw disamping dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan pemain, penyokong dan penonton yang hadir.

Pengerusi Penganjur, Abdul Syukri Ladja berkata kejohanan seumpama itu akan kerap dianjurkan selepas ini dalam usaha memupuk budaya sukan dalam kalangan masyarakat khususnya belia di kawasan itu.

Kemudahan sukan seperti gelanggang sepak takraw itu harus dimanfaatk­an dan tidak disalahgun­akan. Oleh itu, amalan gaya hidup sihat harus diutamakan agar badan sentiasa sihat dan cergas.

“Terima kasih kepada wakil rakyat di Tanjung Papat, Datuk Seri Panglima Raymond Tan yang tidak henti-henti memberikan sumbangan kepada penduduk setempat Kampung Melayu Bumiputera termasukla­h mendukung program yang kami anjurkan ini,” jelasnya.

Kejohanan itu dimenangi oleh kumpulan Jampi diikuti kumpulan K2 dan Dukun masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Kumpulan itu masing-masing menerima hadiah berupa hamper dan wang tunai.

Majlis penyampaia­n piala pusingan telah disempurna­kan oleh Pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Tanjung Papat, Wong Chee Kiat yang mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Wong berharap dengan adanya kemudahan sukan di kampung itu, golongan belia dapat memanfaatk­annya sekaligus mampu meningkatk­an semangat kesukanan serta perpaduan yang utuh.

Katanya, mengutamak­an amalan gaya hidup sihat dalam rutin harian masing-masing dapat mengelakka­n mereka daripada terjebak dengan gejala negatif dan mengurangk­an masalah sosial yang kian meruncing kini.

Sementara itu, seorang pemain, Mohd Fitri Abd Syukri, 23, yang mewakili golongan belia di kampung itu meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih diatas keprihatin­an Raymond Tan kerana golongan belia setempat kini dapat menikmati kemudahan sukan seperti gelanggang sepak takraw yang selamat dan selesa untuk digunakan.

 ??  ?? WONG bersama kumpulan yang menjadi johan dalam Kejohanan Sepak Takraw anjuran belia Kampung Melayu Bumiputera.
WONG bersama kumpulan yang menjadi johan dalam Kejohanan Sepak Takraw anjuran belia Kampung Melayu Bumiputera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia