Utusan Borneo (Sabah)

Giroud sekali lagi mengecewak­an The Saints

Chelsea berdepan United pada Piala FA Inggeris selepas tewaskan Southampto­n 2-0

- MORATA (tengah) menanduk masuk gol kedua Cheslea ketika beraksi pada perlawanan sepasruh akhir Piala FA menentang Saouthampt­on di Wembley, London Ahad lepas.

LONDON,England:Chelsea menempah tiket ke final PialaFAIng­gerismenen­tang Manchester United selepas Olivier Giroud sekali lagi mengecewak­an Southampto­n dengan satu gol ketika membantu pasukannya menang 2-0 di Wembley Ahad lepas.

Giroud sentiasa menjaringk­an gol ketika menentang Southampto­n dan beliau sekali lagi mengekalka­n rekod pada perlawanan separuh akhir Ahad lepas.

Memilih menurunkan Giroud berbanding Alvaro Morata dalam kesebelasa­n utama terbukti satu pilihan bijak dari pengurus Chelsea, Antonio Conte apabila bekas penyerang Arsenal itu membuka jaringan pada awal separuh masa kedua.

Giroud sentiasa mengecewak­an Southampto­n musim ini dengan menjaringk­an dua gol ketika Chelsea bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum menang 3-2 dan juga menjaringk­an gol penyamaan lewat 1-1 ketika masih bermain bersama Arsenal pada bulan Disember.

Gol keempat beliau untuk Chelsea sejak perpindaha­n pada bulan Januari itu, ditambah dengan gol kedua oleh Morata, pemain gantian untuk mengesahka­n tempat ke final pada 19 Mei depan.

Ia juga peluang terakhir Chelsea untuk memenangi satu kejuaraan pada akhir musim bermasalah mereka.

“Apa yang paling penting ialah melangkah ke final. Ini adalah final Piala FA yang kedua berturut turut untuk kami. Saya berasa gembira dengan penyokong,” kata Conte.

“Apa yang pasti, Olivier adalah pembelian bagus untuk kami. Saya memerlukan seorang pemain seperti beliau, kuat dari segi fizikal dan mampu mengawal bola.

“Hari ini saya membuat keputusan menurunkan Olivier dalam kesebelasa­n utama kerana saya tahu kami bermain menentang tiga pemain pertahanan tengah yang lasak, tetapi apabila Morata dimasukkan, beliau juga memberikan impak yang hebat.”

Final ke-13 Chelsea dalam Piala FA adalah mirip final 2007, yang dimenangi oleh Chelsea 1-0 ketika masih di bawah bimbingan Jose Mourinho, pengurus semasa Manchester United.

Chelsea kembali ke final selepas tewas kepada Arsenal musim lepas dan memburu impian muncul juara buat kali kelapan. Memenangi Piala FA mungkin tidak memadai untuk meyakinkan Conte atau pemilik kelab, Roman Abramovich di mana

— Gambar AFP kerjasama di antara mereka Hotspur. harus diteruskan. Apa pun, memenangi kejuaraan

Conte menghabisk­an hampir Piala FA sekurangku­rangnya sepanjang musim merungut mengurangk­an tentang kegagalan kekecewaan pada Chelsea untuk musim ini. menyokong Bagi Southampto­n, rancangan mereka perpindaha­nnya kini boleh sementara memberikan beberapa fokus sepenuhnya pemainnya untuk difahamkan mengelak tidak gembira penyingkir­an dengan corak dengan baki latihan terlalu empat perlawanan berat. untuk

Chelsea berdepan melangkah keluar tugas sukar dari zon untuk layak penyingkir­an. beraksi dalam Pengurus Liga JuaraJuara Southampto­n, menerusi Mark Hughes kedudukan liga mendakwa kerana mereka ketika saat penting ialah ini ketinggala­n lima keengganan pengadil perlawanan mata di belakang pasukan di menggunaka­n video tangga keempat, Tottenham bantuan pengadil (VAR) apabila penjaga gol Chelsea, Willy Caballero gagal menangkap kemas bola dari dilihat sudah melepasi garisan pintu gol sebelum ditolak keluar ketika diasak oleh Charlie Austin.

“Kami kecewa dengan pengadil. Penjaga gol tertolak bola ke dalam pintu golnya sendiri,” kata Hughes.

“Jika ada isu untuk disemak menggunaka­n VAR, itulah masanya. Kenapa ia tidak diguna pakai.”

Penguasaan Chelsea hanya membuahkan hasil seminit selepas rehat apabila hantaran lambung Cesc Fabregas ke arah Eden Hazard, yang mengawal cantik bola sebelum mengumpan kepada Giroud.

Walaupun berdepan dengan tiga pemain pertahanan, Giroud berjaya mencari ruang untuk menolak bola ke pintu gol. — AFP

Apa yang paling penting ialah melangkah ke final. Ini adalah final Piala FA yang kedua berturuttu­rut untuk kami. Saya berasa gembira dengan penyokong. Antonio Conte Pengurus Chelsea

 ??  ??
 ??  ?? GIROUD ceria selepas menjaringk­an gol pertama Cheslea pada aksi di Wembley, London Ahad lepas. — Gambar AFP
GIROUD ceria selepas menjaringk­an gol pertama Cheslea pada aksi di Wembley, London Ahad lepas. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia