Utusan Borneo (Sabah)

Gol lewat Koulibaly kembalikan impian kejuaraan Serie A Napoli

-

TURIN, Itali: Pemain pertahanan, Kalidou Koulibaly menjaringk­an gol minit akhir untuk mengembali­kan impian kejuaraan Napoli apabila menewaskan Juventus 1-0 di Turin Ahad lepas, sekali gus merapatkan kedudukan dengan hanya kurang satu mata di belakang Juventus.

Koulibaly menanduk gol kemenangan dari satu tendangan sudut Jose Callejon pada minit akhir untuk memberikan kemenangan pertama Napoli di Stadium Allianz.

Kelebihan mata Juventus di tangga teratas liga sudah dikurangka­n kepada satu mata dengan berbaki empat perlawanan dan ia juga kekalahan liga ketiga mereka musim ini tetapi yang pertama sejak 19 November.

Juventus mengumpul 85 mata dari 34 perlawanan sementara Napoli, yang memburu kejuaraan liga yang ketiga sejak 1987 dan 1990, dengan 84 mata.

“Kami tahu ia adalah perlawanan yang sangat penting dan sukar tetapi kami melakukan segala-galanya untuk menang. Kami berjaya melakukann­ya dan boleh berasa bangga,” kata Koulibaly.

“Penyokong membakar semangat kami beberapa hari yang lalu apabila mereka mengiringi kami ke lapangan terbang. Ia menggembir­akan kami dan kami mahu berterima kasih dengan mereka dan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini.”

Napoli, yang dibimbing Maurizio Sarri, mempunyai beberapa peluang awal sementara Juventus, selain satu tendangan percuma Miralem Pjanic terkena palang, tidak mencipta banyak peluang.

Kapten Napoli, Marek Hamsik mempunyai dua peluang awal untuk membuka jaringan sementara satu gol Lorenzo Insigne tidak dibenarkan kerana ofsaid dalam separuh masa pertama sebelum cubaan Piotr Zielinski ditepis penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon.

“Ia bukan perlawanan sempurna tetapi tetap perlawanan hebat. Kami tidak memberikan ruang kepada Juventus dan kemenangan ini adalah dari sikap pemain dalam padang,” tambah Sarri.

Juventus kini mempunyai baki perlawanan yang sukar termasuk kunjungan ke Inter

— Gambar Reuters

Milan dan AS Roma – yang dan Inter mengekalka­n kelayakan bersaing memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara. ke Liga Juara-Juara sementara Ciro Immobile menjaringk­an Napoli akan menentang dua gol ketika Lazio membelasah Fiorentina, Sampdoria, Torino Sampdoria 4-0 untuk kekal dan Crotone selepas ini. di tangga keempat, di belakang

“Ia perlawanan yang teruk,” Roma yang menewaskan SPAL kata jurulatih Juventus, Massimilia­no 3-0 pada hari Sabtu. Allegri. Inter kurang satu mata

“Kami mempunyai beberapa di tangga kelima selepas kesukaran tetapi kami juga menewaskan Chievo 2-1. hampir mengikat kedudukan Atalanta melonjak ke tangga tetapi malangnya pada satu keenam liga untuk kelayakan tendangan sudut, mereka ke Liga Europa selepas memperoleh­i gol. menewaskan Torino 2-1,

“Napoli melakukan apa yang memintas AC Milan yang tewas mereka perlu lakukan, mereka 0-1 kepada Benevento pada mengawal bola dan selayaknya perlawanan hari Sabtu, dengan mendapat pujian dari kemenangan Benevento disahkan tersingkir ini.” dari Serie A selepas hanya satu

Pada perlawanan lain, Lazio tahun. — AFP

 ??  ?? KALIDOU Koulibaly (kiri) diasak oleh Dybala ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin pada Ahad lepas.
KALIDOU Koulibaly (kiri) diasak oleh Dybala ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia