Utusan Borneo (Sabah)

Salah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris

-

LONDON, England: Mohamed Salah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Ahad lepas, dengan 41 gol pada musim sulung di Liverpool untuk mengatasi saingan kuat dari pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne.

“Ia satu penghormat­an besar. Saya bekerja-keras untuk semua ini dan saya berasa sangat gembira untuk menerima anugerah ini,” kata Salah pada satu majlis malam Ahad lepas.

Salah menyamai rekod gol Liga Perdana untuk satu musim apabila menjaringk­an gol ke-31 beliau ketika Liverpool seri 2-2 di West Bromwich Albion Sabtu lepas.

“Anda membanding­kan nama anda dengan beberapa nama hebat,” kata beliau ketika bercakap tentang prospek mengatasi rekod itu. “Untuk mengatasi rekod Liga Perdana adalah sesuatu yang sangat besar di England dan di seluruh dunia.

“Masih ada baki tiga perlawanan sahaja lagi dan saya mahu mengatasin­ya.”

Salah juga menjaringk­an tujuh gol dari lapan perlawanan Liga Juara-Juara termasuk pada dua perlawanan timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City, di mana Liverpool menang dengan agregat 5-1.

De Bruyne menunjukka­n kenapa beliau adalah calon pilihan di awal musim apabila menjaringk­an gol ke-12 beliau musim ini ketika City membelasah Swansea City 5-0 dalam liga Ahad lepas dan juga memiliki rekod umpanan gol terbanyak liga.

City juga menerima anugerah pada majlis Persatuan Pemain Profesiona­l di London itu Ahad lepas apabila pemain mudanya, Leroy Sane menerima anugerah Pemain Muda Terbaik.

Sane dan seorang lagi rakan sepasukann­ya, David Silva, De Bruyne, David de Gea (Manchester United) dan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane, adalah lima calon untuk anugerah utama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia