Utusan Borneo (Sabah)

Barca hampiri kejuaraan liga selepas Atletico, Betis seri 0-0

-

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid membuat persediaan untuk perlawanan Liga Europa menentang Arsenal dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Real Betis dalam aksi La Liga Sepanyol, sekali gus menyebabka­n Barcelona semakin menghampir­i kejuaraan liga Ahad lepas.

Antoine Griezmann tidak diturunkan dalam kesebelasa­n utama oleh jurulatih Atletico, Diego Simeone dan kegagalan menjaringk­an gol buat kali kedua dalam tempoh empat hari selepas tewas 0-3 kepada Real Sociedad pada hari Khamis lalu.

Atletico kekal di tangga kedua tetapi dengan baki empat perlawanan, mereka kini ketinggala­n 11 mata di belakang Barcelona, yang boleh mengesahka­n kejuaraan liga jika menewaskan Deportivo La Coruna minggu ini.

Barcelona memenangi kejuaraan Copa del Rey di gelanggang milik Atletico, Wanda Metropolit­ano apabila membelasah Sevilla 5-0 pada hari Sabtu tetapi tiada banyak drama di stadium yang sama sehari selepas itu.

Saul Niguez melihat rembatanny­a terkena palang untuk Atletico dalam separuh masa kedua, tidak lama selepas Christian Tello juga melihat rembatanny­a terkena palang untuk Betis.

Griezmann akhirnya dimasukkan pada minit ke-60 tetapi mereka tetap gagal memecah kebuntuan dan kini keputusan seri itu menyebabka­n mereka kini hanya empat mata di hadapan Real Madrid, yang kurang satu perlawanan.

Atletico akan bertandang ke Arsenal untuk perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa Khamis ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia