Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an sepak takraw erat silaturahi­m

UMS juara hatrik Sukan IPT Sabah 2018

- KONTINJEN UMS meraih gelaran juara hatrik Kejohanan Sukan IPT Sabah Ke-3, 2018 yang berakhir di Tawau pada Ahad.

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul gelaran juara hatrik Kejohanan Sukan IPT Sabah 2018 yang berakhir di Tawau pada Ahad.

Kejohanan edisi Ke-3 merebut Piala Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching itu berlangsun­g di Institusi Pendidikan Guru cawangan Tawau dan Kompleks Sukan Bandar Seri Indah.

UMS membawa pulang tiga emas, tiga perak dan dua gangsa untuk mengatasi naib johan Politeknik KK yang memenangi dua emas, dua perak dan satu gangsa sambil tempat ketiga keseluruha­n disandang oleh UiTM KK dengan dua emas dan satu perak.

Pingat emas pertama UMS dimenangi menerusi sukan bola jaring menewaskan naib johan UiTM KK sambil tempat ketiga disandang oleh Politeknik KK.

UMS kemudianny­a menjuarai sukan futsal wanita dengan mengatasi naib johan Politeknik Sandakan sambil ketiga disandang oleh pasukan Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) Semporna.

Pingat emas ketiga pula dimenangi menerusi sukan bola keranjang wanita di mana UMS menewaskan naib johan KT6 Tawau sambil tempat ketiga disandang oleh Kolej Komuniti Tawau.

Dalam sukan futsal lelaki, UMS muncul selaku naib johan, tewas ditangan UiTM KK sambil tempat ketiga disandang oleh pasukan Kolej Komuniti Sandakan.

UMS juga muncul selaku naib johan dalam sukan bola keranjang lelaki yang dijuarai oleh Politeknik KK sambil tempat ketiga disandang oleh KPTM Semporna.

Manakala dalam sukan ping pong, UMS menduduki tempat kedua di belakang Politeknik KK sambil pasukan KT6 Tawau menduduki tempat ketiga.

Sukan badminton menyaksika­n pasukan UMS menduduki tempat ketiga di belakang juara UiTM dan naib johan Politeknik KK, sambil sukan sepak takraw menyaksika­n UMS juga menduduki tempat ketiga dibelakang Kolej Komuniti Tawau selaku juara dan Politeknik KK muncul selaku naib johan.Oleh

 ?? DESMOND
QWEK ??
DESMOND QWEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia