Utusan Borneo (Sabah)

Seri tidak mencukupi: Jelius

-

KOTA KINABALU: Keputusan seri tidak memberi makna besar buat Jelius Ating (gambar) dalam memimpin skuad badak sekalipun dianggap masih berada pada landasan cemerlang dalam saingan Liga Premier 2018.

Menyedari situasi sedemikian semakin memberi tekanan, ketua jurulatih Sabah itu mahu anak-anak buahnya mencipta lebih banyak kemenangan untuk menjarakka­n diri dari kelompok pertengaha­n yang kini semakin mengejar rapat dan boleh mengggugat kedudukan pada bila-bila masa.

“Kedudukan kita belum cukup kukuh. Saya menganggap kedudukan kita masih dalam bahaya kerana dari segi pungutan mata, pasukan-pasukan yang berada di bawah kita begitu hampir sekali. Tiada perbezaan yang ketara.

“Oleh itu, kita perlu mencapai lebih banyak kemenangan dan bukannya seri yang mana tidak memberi kita banyak kelebihan,” jelas beliau dihubungi di ibu negeri pada Isnin.

“Memang satu pencapaian baik jika dilihat kita masih berjaya mengekalka­n rekod tanpa kalah setakat ini, namun kita terlalu banyak mencatat keputusan seri dan ini membolehka­n pasukan lain mengejar pungutan mata kita.

“Kita bermain baik pada hampir kesemua perlawanan yang telah kita lalui sebelum ini, tetapi bermain baik sahaja tidak mencukupi kerana kita perlu memenangi perlawanan untuk mendapatka­n tiga mata penuh,” tegas Jelius.

Tidak bercakap kosong, bekas ketua pasukan Sabah itu kini sedang berusaha gigih memerah segala pengalaman mengasah bahagian serangan untuk memastikan sumbuh badak lebih tajam.

“Pada perlawanan­perlawanan lalu, kita mencipta banyak peluang baik tetapi penyudah kita agak tumpul, inilah yang kita cuba perbaiki pada aksi akan datang.

“Kita perlu mengutip jumlah mata maksima melalui dua perlawanan kita minggu ini, iaitu menentang UKM FC pada Selasa (hari ini) diikuti melawan Pulau Pinang pada 28 April (Sabtu ini),” katanya.

Perlawanan menentang UKM FC di Stadium Majlis Perbadanan Selayang, Selangor dijadualka­n bermula 4.45 petang, manakala perlawanan melawan Pulau Pinang di Stadium Negeri Pulau Pinang dijadualka­n bermula 9.00 malam.

“Dua aksi ini sama pentingnya dengan perlawanan-perlawanan kita yang lalu, kita mahu mencatat kemenangan seterusnya mengukuhka­n kedudukan kita dalam liga.

“Bagaimanap­un, kami tidak memandang mudah cabaran pasukan lawan yang bermain di hadapan penyokong sendiri, kerana siapa pun yang kita akan jumpa, kita hormati. UKM FC dan Pulau Pinang bukan pasukan yang lemah,” tambah beliau lagi.

Sabah ketika ini berada pada kedudukan ketiga liga 12 pasukan itu dengan 13 mata selepas mencatat tiga kemenangan dan empat kali seri, hanya mencatat kelebihan jaringan mengatasi pasukan pada kedudukan empat Felcra yang turut mencatat keputusan perlawanan yang sama untuk jumlah mata yang sama.

Felda United dengan 19 mata hasil enam kemenangan dan seri sekali kekal di persada liga diikuti negeri jiran Sarawak dengan 14 mata hasil empat kemenangan, dua kali seri dan kalah sekali untuk berada pada kedudukan kedua.

UKM merupakan pasukan tercorotde­nganhanyam­encatat satu kemenangan dan enam kali kalah untuk mengumpul tiga mata, sambil Pulau Pinang dengan dua kemenangan, seri sekali dan empat kali kalah menduduki tempat kelapan dengan tujuh mata.

- Oleh

DESMOND QWEK

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia