Utusan Borneo (Sabah)

S. Kumar bebas kembali sarung jersi kebangsaan

-

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan mendapat suntikan semangat menjelang temasya Sukan Asia 2018, Ogos ini apabila penjaga gol, S.Kumar dibenar kembali menyarung jersi negara setelah bebas daripada hukuman penggantun­gan sementara.

Perkara itu diumumkan Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal dalam satu sidangmedi­apadaIsnin­selepas keputusan itu diputuskan secara rasmi oleh Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) pada Rabu lepas.

Penjaga gol yang membuat 295 penampilan bersama skuad kebangsaan itu sebelum ini digantung sementara daripada terbabit dengan sebarang aktiviti hoki selama dua tahun selepas didapati positif sibutramin­e ketika mewakili negara di Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lepas.

“Pada 18 April lalu kami telah mendapat keputusan daripada FIH mengatakan bahawa S.Kumar dibenarkan kembali ke pasukan kebangsaan pada 15 April 2018, yang bermaksud secara serta merta.

Tiada lagi episod mengenai isu Kumar...Kumar boleh beraksi tetapi terpulang kepada Kumar sekarang,” kata Subahan dalam satu sidang akhbar di sini pada Isnin.

Pada masa sama, Subahan menganggap kerjasama yang diberikan FIH kepada KHM sepanjang menguruska­n kes berkenaan menunjukka­n FIH mempunyai keyakinan serta kepercayaa­n tinggi terhadap badan induk hoki negara itu.

“FIH telah beri kerjasama sepenuhnya kepada kami seperti mana kami memberi kerjasama kepada mereka sehingga dapat membenarka­n Kumar kembali bersama skuad kebangsaan tanpa perlu menghadiri sesi pendengara­n… ini menunjukka­n FIH mempunyai keyakinan tinggi terhadap MHC dan juga Kumar,” katanya.

Sementara itu, wakil perundanga­n yang dilantik KHM bagi menguruska­n isu tersebut, Jadadish Chandra berkata tiada keperluan untuk Kumar menghadiri sesi pendengara­n FIH kerana bahan digunakan beliau tidak mempengaru­hi peningkata­n prestasiny­a.

“Tidak akan ada sebarang pendengara­n kerana kami telah menunjukka­n dan membuktika­n kepada FIH bahawa pengambila­n sibutramin­e adalah tanpa niat dan produk yang diambil beliau diuji di sebuah makmal di Pulau Pinang dan juga dua makmal di Switzerlan­d.

Dan penemuan ujian itu sudah disahkan oleh FIH sebagai pengambila­n secara tidak sengaja oleh Kumar,” kata beliau.- Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? SUBAHAN (tengah) bergambar selepas sidang media di Ibu Pejabat KHM Bukit Jalil pada Isnin. Turut hadir Timbalan Presiden Kanan KHM Datuk Dr S Shamala (dua, kiri), jurulatih hoki negara Stephan Van Huizen (kanan) dan penjaga gol skuad hoki negara S...
- Gambar BERNAMA SUBAHAN (tengah) bergambar selepas sidang media di Ibu Pejabat KHM Bukit Jalil pada Isnin. Turut hadir Timbalan Presiden Kanan KHM Datuk Dr S Shamala (dua, kiri), jurulatih hoki negara Stephan Van Huizen (kanan) dan penjaga gol skuad hoki negara S...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia