Utusan Borneo (Sabah)

63 pelajar sertai English In Camp Peringkat Negeri

-

SERAMAI 63 pelajar sekolah menengah dari seluruh daerah negeri Sabah sertai Program English In Camp Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SM St Paul Beaufort pada 20-22 April.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertanding­an peserta perkhemaha­n terbaik dan buku log terbaik.

Program selama dua hari itu bertujuan memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekaligus meningkatk­an penguasaan pelajar dalam bahasa itu, khususnya dalam kalangan peserta program berkenaan.

Menurut Pegawai Teknik English In Camp Negeri Sabah, Caroline, program itu adalah untuk memilih peserta English In Camp ke peringkat kebangsaan.

Katanya rata-rata para peserta adalah berumur 13 hingga 17 tahun dan mereka diharapkan akan dapat meningkatk­an penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian.

Kem Komandan Program Marinette K Baltazar begitu teruja dengan disiplin dan komitmen yang ditunjukka­n oleh para peserta sepanjang program berkenaan.

“Saya sangat gembira dengan disiplin yang ditunjukka­n oleh semua peserta kerana penglibata­n mereka adalah sangat memuaskan,” katanya.

Dalam ucapan perasmiann­ya, wakil Ketua Sektor Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kifli mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada penganjur yang berjaya melaksanak­an program berkenaan dengan jayanya.

“Program ini merupakan strategi penting Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk memperkasa jati diri pelajar dan sekaligus memperbaik­i penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Unit Kemanusiaa­n PPD Beaufort Mohd Jali Nordin mengucapka­n terima kasih kepada semua peserta dan para guru yang terlibat.

“Saya berharap agar semua pelajar menggunaka­n pengalaman ini bagi memperting­katkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris,” katanya.

Turut hadir di majlis perasmian penutupan program berkenaan ialah ketua-ketua unit PPD Beaufort serta para pengetua, penolong kanan, guru dan ibu bapa.

 ??  ?? PESERTA kem bergambar kenangan bersama.
PESERTA kem bergambar kenangan bersama.
 ??  ?? KIFLI (lima dari kanan) dan Jali (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para pemenang Peserta Perkhemaha­n Terbaik dan Buku Log Terbaik.
KIFLI (lima dari kanan) dan Jali (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para pemenang Peserta Perkhemaha­n Terbaik dan Buku Log Terbaik.
 ??  ?? PEGAWAI Teknik Bahasa Inggeris Daerah Beaufort.
PEGAWAI Teknik Bahasa Inggeris Daerah Beaufort.
 ??  ?? MARINETTE
MARINETTE
 ??  ?? CAROLINE
CAROLINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia