Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Sarawak sentiasa sokong usaha membantu golongan memerlukan

-

KUCHING: Masyarakat di Sarawak adalah antara yang peramah dan penyayang hasil kejayaan dan sokongan terhadap ‘Kuching Run for Autism’ yang dijalankan untuk kali ketiga.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan dalam ucapannya berkata seramai 3,200 penyertaan untuk larian tersebut membuktika­n betapa komuniti di sini begitu menyokong usaha murni untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan di sini.

Ia merupakan sebuah program anjuran Persatuan Autisme Kuching (KAA) terbuka kepada dua kategori iaitu 3km dan 7km yang dimulai dan tamat di pekarangan MBKS.

Presiden KAA Dr Yao Sik Chi mengucapka­n penghargaa­n kepada para peserta yang telah mengambil bahagian.

“Melaluinya saya berharap ia dapat memberi kesedaran yang lebih kepada orang awam tentang autisme dalam kalangan kanak-kanak dan perlunya rawatan awal,” katanya ketika berucap di sini pada Ahad.

Dr Yao dan Chan adalah antara yang menyertai senaman zumba selama 15 minit dikendalik­an Shake It Studio, sebelum melepaskan para peserta untuk kategori 7km pada jam 6.30 pagi bersama penaja utama Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holdings Lee Chin Teck dan peserta kategori 3km dilepaskan pada jam 6.45 pagi oleh Chan.

Pengerusi penganjur Cynthia Jee berasa terharu dan menghargai semua pihak yang telah menunjukka­n sokongan melalui penyertaan dalam usaha pihaknya di sini, pada Ahad.

“Dengan bertambahn­ya jumlah penyertaan, KAA sememangny­a percaya kesedaran berkaitan austisme diwujudkan melalui larian yang telah dimulakan sejak dua tahun lepas menunjukka­n momentum perkembang­an yang bagus dan ramai yang dapat menerima anak atau remaja yang mengalami masalah ini,” ujarnya.

Pelajar vokasional KAA menjalanka­n kerja-kerja seni seperti tali tag nama untuk persidanga­n dan rantai untuk dijual sebagai salah satu cara mengumpul pendapatan bagi menjalanka­n aktiviti.

Beberapa golongan muda yang mengalami autisme juga telah diambil bekerja di Hotel Hilton Kuching yang selari dengan misi 2018 kami ‘Acceptance is an Action’.

‘Kuching Run for Autism 2018’ dianjurkan sepenuhnya oleh ibu bapa pelajar KAA dengan tajaan daripada para penaja dalam bentuk tunai, baucar dan hadiah cabutan bertuah.

Ramai sukarelawa­n yang membantu penganjur sepanjang majlis diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia