Utusan Borneo (Sabah)

Banyak peluang kerja untuk kontraktor Bumiputera: KM

Banyak projek pembanguna­n yang dirancang dan dilaksana kerajaan negeri untuk rakyat

-

KUCHING: Kontraktor Bumiputera di negeri ini harus merebut peluang kerja yang begitu banyak terhasil daripada projek-projek pembanguna­n yang dirancang dan dilaksana kerajaan negeri untuk rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata antara projek yang bakal memberi manfaat tinggi kepada kontraktor di negeri ini adalah pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) yang dijangka menelan kos antara RM7 hingga RM8 bilion.

“Apabila kita membangunk­an LRT, sudah pasti akan ada projek membuat laluannya, jambatan termasuk stesen dan sebagainya.

“Ini sudah tentu memberi peluang kerja kepada kontraktor dan sebab itu, kontraktor Bumiputera khasnya harus bersedia dan melengkapk­an syarikat masing-masing dengan kepakaran berkaitan terutama dari segi teknologi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, barubaru ini.

Turut hadir bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abang Muhammad Salahuddin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Muda Perhubunga­n Korporat Abdullah Saidol, Presiden PKMM Datuk Mokhtar Samad dan Yang Dipertua PKMM Sarawak Datuk Ismail Suut.

Beliau menambah, projek-projek lain termasuk dalam industri minyak dan gas, pembinaan jambatan menghubung­kan jalan pesisir yang bernilai puluhan juta ringgit dan projek menaik taraf sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

Selain itu, katanya, ia termasuk projekproj­ek daripada agensi kerajaan negeri seperti Sarawak Energy, Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) serta Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA).

Dalam pada itu, Abang Johari turut menggesa kontraktor Bumiputera supaya merebut peluang kerja daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sebanyak RM5 juta setahun kepada setiap Adun untuk melaksanak­an Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) di kawasan masingmasi­ng.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

“Apabila kita membangunk­an LRT, sudah pasti akan ada projek membuat laluannya, jambatan termasuk stesen dan sebagainya. ”

 ??  ?? ABANG JOHARI melakukan simbolik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuhing sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
ABANG JOHARI melakukan simbolik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKMM Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuhing sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia