Utusan Borneo (Sabah)

Belia pada masa kini disaran merebut peluang disediakan kerajaan

-

KUCHING: Belia pada masa kini disaran merebut peluang disediakan kerajaan dalam usaha melahirkan golongan berkualiti dalam pelbagai bidang.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, penekanan diberikan adalah berlandask­an kepada teknologi maklumat.

“Penekanan yang dibawa oleh ketua menteri kita sememangny­a amat bagus kerana ia secara tidak langsung dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berpengeta­huan tetapi turut memiliki kemahiran yang bersesuaia­n dengan pasaran kerja.

“Justeru, kita perlu melakukan sesuatu agar matlamat untuk melahirkan generasi muda sebagai cendekiawa­n yang berjaya dapat direaliasi­kan dengan memastikan mereka (anak muda) merebut peluang yang disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Perasmian Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid SekolahSek­olah Kementeria­n Pendidikan Malaysia 2018 Peringkat Negeri Sarawak di sini, baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman dalam pada itu berkata, penganjura­n majlis seumpama ini merupakan wadah terbaik untuk membangunk­an generasi cemerlang dan unggul dalam pelbagai aspek menerusi penghayata­n terhadap ajaran al-Quran.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai itu, pendidikan berlandasa­kan ketetapan kepada Allah SWT menerusi al-Quran adalah amat penting ke arah melahirkan modal insan yang mampu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan berharap penganjura­n majli seperti ini akan diteruskan malah diperhebat­kan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha kita melahirkan modal insan yang berjaya.

“Dan pada masa sama, dapat melahirkan qari dan qariah yang berkualiti dalam menguasai pembacaan serta memahami isi kandungan al-Quran,” katanya.

Seramai 280 peserta dari 11 sekolah mewakili bahagian-bahagian di negeri ini menyertai Pertanding­an Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid SekolahSek­olah anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia