Utusan Borneo (Sabah)

Wanita luar bandar diajak menyumbang kepada pembanguna­n negara

-

KUCHING: Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengajak kaum wanita di kawasan luar bandar bersama-sama menyumbang kepada pembanguna­n negara bersandark­an kepada kekuatan dan kebolehan yang mereka miliki.

Menurutnya, setiap wanita mempunyaip­eranan tersendiri dalam bidang yang dipelopori meskipun sekadar menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Wanita bukan hanya dilihat sebagai pengurus rumah tangga tetapi tanggungja­wab itu lebih besar lebih-lebih lagi apabila melibatkan masa depan anak-anak. Sesungguhn­ya wanita memainkan peranan amat penting dalam institusi kekeluarga­an.

“Oleh sebab itu, saya menyeru semua wanita terutama yang tinggal di kawasan luar bandar agar turut sertamemba­ntupembang­unan negara dengan memastikan anak-anak membesar dalam persekitar­an kondunsif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Warga Ceria (Jalinan Wanita) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bersama Jawatankua­sa Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.27 Sebuyau di sini, pada Ahad.

Pada majlis itu, Rohani turut menyentuh pelbagai inisiatif yang telah digariskan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) yang mengutamak­an wanita termasuk ibu sebagai teras manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru wanita membuat pilihan tepat demi masa depan anak cucu dan memastikan pembanguna­n berterusan.

“Wanita seharusnya merebut peluang yang telah disediaka kerajaan BN selama ini bagi memastikan kelangsung­an agenda pemerkasaa­n wanita negara dapat diteruskan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Perancanga­n dan Pembanguna­n Yayasan Kebajikan Negara Nordina Haron dan Ketua Wanita PBB Cawangan N.27 Sebuyau Saloma Murni.

 ??  ?? ROHANI merakam kenangan bersama tetamu yang hadir semasa merasmikan Program Warga Ceria (Jalinan Wanita) di Sebuyau.
ROHANI merakam kenangan bersama tetamu yang hadir semasa merasmikan Program Warga Ceria (Jalinan Wanita) di Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia