Utusan Borneo (Sabah)

Program Mobile CTC mudahkan penduduk luar bandar mendapatka­n perkhidmat­an

-

SARATOK: Program Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile CTC) memudahkan penduduk luar bandar dan pedalaman mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz berkata program itu berjaya mendekatka­n kerajaan dengan rakyat malah menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk masyarakat.

“Melalui Mobile CTC sistem penyampaia­n kerajaan dapat dilaksanak­an dengan cepat dan secara terus kepada rakyat yang memerlukan perkhidmat­an cekap dan berkesan.

“Menyedari kekangan dan masalah dihadapi rakyat di negeri ini, Perbendaha­raan Malaysia Sarawak memperluas konsep Mobile CTC berpanduka­n konsep asal iaitu Program Mobile CTC Bas kepada Mobile CTC Bot bagi lokasi tidak dapat dihubungi menggunaka­n jalan raya dan hanya dihubungi pengangkut­an air.

“Manakala konsep Mobile CTC Roadshow diperkenal­kan dengan membawa bas dan van bergerak singgah di lokasi strategik bagi membolehka­n rakyat mendapatka­n perkhidmat­an terus daripada agensi kerajaan,” katanya pada Majlis Perasmian Program Mobile CTC Saratok di Pentas Utama Sejiwa Senada Saratok, pada Ahad.

Pada majlis itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dinobatkan sebagai johan Booth Pameran Terbaik Sejiwa Senada Saratok.

Tempat kedua dimenangi Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) dan tempat ketiga ialah Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA).

Tempat pertama menerima hadiah RM1,000 diikuti tempat kedua RM700 dan ketiga RM500.

Menurut Wahab, usaha Perbendaha­raan Malaysia Sarawak, Kementeria­n Kewangan Malaysia mengadakan Mobile CTC di Saratok merupakan keputusan tepat membolehka­n penduduk mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan dengan mudah dan cepat.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Persekutua­n Sarawak Mohd Saiful Sungkih Abdullah berkata program Mobile CTC Siri 2 di Saratok cukup istimewa kerana dianjurkan Perbendaha­raan Malaysia Sarawak, Kementeria­n Kewangan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri, Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Program Sejiwa Senada Saratok.

“Semangat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara kerajaan persekutua­n dan negeri semakinkua­tdankukuhd­arisetahun ke setahun hasil peningkata­n program kolaborati­f dianjurkan seperti Mobile Outreach Programme dan Mobile Youth Transforma­tion Vocational (MYTV).

“Justeru, tahun ini kerjasama erat terus dijalinkan dengan penganjura­n Program Randau Ekonomi Digital oleh Kerajaan Negeri Sarawak seiring penganjura­n Mobile CTC Sarawak.

“Ia salah satu inisiatif memaklumka­n kepada peringkat akar umbi dan rakyat mengenai usaha pemimpin kita membawa Sarawak ke arah Ekonomi Digital,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia