Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak memerlukan tenaga kerja mahir sokong ledakan Industri 4.0

-

BINTULU: Sarawak memerlukan tenaga kerja mahir bagi menyokong ledakan Industri 4.0 sekali gus memberi cabaran besar kepada generasi hari ini untuk memenuhi keperluan itu.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata inisiatif Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengubah silibus latihan amat bertepatan untuk memenuhi keperluan itu terutama melahirkan graduan yang diperlukan.

Katanya, generasi muda perlu melonjak kemampuan diri agar tidak ketinggala­n dan tidak terlalu merendah diri melalui latihan kemahiran disediakan dengan sokongan ibu bapa.

“Ramai golongan belia luar bandar berpindah ke bandar namun tanpa kemahiran adalah sukar untuk mereka memenuhi keperluan pekerjaan terutama sektor industri memerlukan pekerja-pekerja mahir,” katanya di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Majlis Konvokesye­n Institut Kemahiran Mara(IKM) Bintulu ke-4 dan penyampaia­n sijil kepada 122 graduan daripada 184 graduan keseluruha­nnya.

Turut hadir Pegarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal Mahzan Teh, Pengarah IKM Bintulu Dr Mohd Nawawi Omar dan ahli-ahli senat IKM Bintulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemena itu berkata, Mara menyahut seruan kerajaan melahirkan lebih ramai graduan berkemahir­an di negara ini.

“Sarawak mengambil berat serta prihatin keperluan itu dengan mewujudkan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) bagi menyokong anakanak negeri ini supaya mampu menjadi pekerja mahir industriin­dustri di Taman Perindustr­ian Samalaju atau di Samajaya,” katanya.

Tambahnya, negeri ini tidak mahu pembanguna­n industri berat bergantung kepada pekerja luar maka atas dasar itu anak-anak negeri perlu dilatih supaya mereka sendiri bukan sahaja dapat memajukan diri malah negeri ini.

 ??  ?? Seorang graduan menerima sijil kemahiran daripada Dr Rundi sambil disaksikan Dr Mohd Nawawi (kiri).
Seorang graduan menerima sijil kemahiran daripada Dr Rundi sambil disaksikan Dr Mohd Nawawi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia