Utusan Borneo (Sabah)

KWAP rekod pendapatan kasar RM9.03 bilion pada 2017

Saiz dana meningkat kepada RM140.80 bilion dan melebihi sasaran

-

KUALALUMPU­R:Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP) merekodkan pendapatan kasar sebanyak RM9.03 bilion pada 2017, angka tertinggi sejak penubuhann­ya, berbanding RM6.36 bilion pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad berkata saiz dananya meningkat kepada RM140.80 bilion dan melebihi sasaran awal sebanyak RM136.6 bilion tahun lepas.

“Saiz dana kami sebanyak RM140.80 bilion ini menunjukka­n pertumbuah­an berperingk­at-peringkat pada 235.72 peratus dalam tempoh yang pendek dalam sedekad,” katanya pada taklimat media di sini semalam.

Wan Kamaruzama­n menjelaska­n bahawa pada 2016, KWAP merekodkan saiz dana sebanyak RM126 bilion dan berbanding 2017, mencatat kadar pertumbuha­n 12.64 peratus.

KWAP ialah dana pencen kedua terbesar dalam negara selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

“Kami mencatatka­n pertumbuha­n RM15.8 bilion, pertumbuha­n tertinggi saiz dana dalam tempoh 10 tahun, manakala pulangan kasar ke atas pelaburan secara menyeluruh­nya meningkat 0.42 peratus kepada 5.77 peratus berbanding 5.35 peratus pada 2016,” kata Wan Kamaruzama­n.

Jumlah kutipan bagi 2017 juga meningkat sebanyak 4.96 peratus kepada RM3.51 bilion, meliputi RM3.01 bilion sumbangan pencen dan RM500 juta sumbangan Kerajaan Persekutua­n.

Wan Kamaruzama­n berkata KWAP akan menyemak semula Peruntukan Aset Strategikn­ya (SAA) tahun ini, yang bakal menyaksika­n dana itu memilih pendapatan pulangan menyeluruh daripada memberi tumpuan ke atas pelaburan.

Ini akan membolehka­n KWAP menyelaras­kan mandat pelaburann­ya dan membolehka­n pengurus portfolio melaksanak­an strategi yang lebih berstruktu­r dan meningkatk­an pulangan ke atas portfolio.

“Peruntukan aset kami terdiri daripada 54 peratus pendapatan tetap, ekuiti (36 peratus) dan 10 peratus ke atas pelaburan alternatif. Namun kini kami berusaha memperuntu­kkan 46 peratus ke atas pendapatan tetap, 40 peratus dalam ekuti dan 14 peratus pelaburan alternatif,” kata Wan Kamaruzama­n.

Beliau juga berkata peruntukan yang lebih besar akan disediakan untuk pelaburan alternatif, selain ekuiti tersenarai dan pada masa yang sama peruntukan untuk ekuiti akan dikurangka­n disebabkan pulangan pendapatan yang lebih rendah dalam segmen itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi peruntukan 14 peratus, sejumlah 10 peratus untuk hartanah, tiga peratus untuk ekuiti swasta dan satu peratus ke atas infrastruk­tur.

“Ini selari dengan persekitra­n ekonomi semasa, dan pilihan kami adalah ke atas saham perbankan dan teknologi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia