Utusan Borneo (Sabah)

MATRADE sasar jualan RM450 juta di Caexpo 2018

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasarka­n untuk mencapai jualan sebanyak RM450 juta pada Ekspo China-ASEAN (Caexpo) 2018 di Nanning yang diadakan dari 12 -15 Sept ini.

Pengarah Kanan Bahagian Perancanga­n Strategik MATRADE, Datuk Aureen Jean Nonis berkata MATRADE akan menjalanka­n proses pemilihan syarikat yang lebih ketat bagi penyertaan di ekspo tersebut berikutan ruang yang terhad di pavilion Malaysia.

“Kami perlu memilih syarikat yang dapat menawarkan produk yang berkualiti tinggi, perkhidmat­an dan jenama dengan keupayaan yang tinggi untuk memanfaatk­an pasaran besar China. Terdapat sebanyak 179 gerai pameran ditawarkan di pavilion Malaysia,” katanya pada sidang media mengenai Caexpo 2018 di sini semalam.

Jerayawara akan diadakan di tiga lokasi terpilih, iaitu Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak mulai semalam hingga 25 April, bertujuan memberi pemahaman yang lebih baik dan maklumat terperinci mengenai acara itu.

Aureen juga berkata acara tersebut tidak pernah gagal dalam mencapai matlamatny­a untuk meningkatk­an akses pasaran ke China melalui perkongsia­n pintar dengan negara ini.

Katanya peserta pameran Malaysia dan agensi kerajaan berjaya meraih jualan sebanyak RM405.50 juta pada tahun lepas.

“China mempunyai ekosistem e-dagang yang maju dan pasaran e-dagang terbesar di dunia. Kami berharap syarikat Malaysia dapat memanfaatk­an aktiviti e-dagang untuk meningkatk­an eksport ke China.

“Program eTRADE kami untuk membantu syarikat berada di platform e-dagang seperti Alibaba.com, ule.com, jd.com, tmall.com dan sebagainya. Di Caexpo, syarikat akan mempunyai peluang untuk menemui pengendali platform yang sering mengunjung­inya untuk mendapat produk yang baik,” katanya.

Pada tahun ini, MATRADE akan menganjurk­an penyertaan daripada sektor makanan dan minuman, kesihatan dan kesejahter­aan, gaya hidup, selain perkhidmat­an terpilih seperti pendidikan, pelanconga­n perubatan dan logistik.

Sementara itu, Naib Setiausaha Agung Sekretaria­t Caexpo, Yang Yan Yan berharap China dan Malaysia akan terus meninjau peluang pelaburan, terutamany­a dalam sektor pelanconga­n.

“Pengguna China amat menggemari produk Malaysia seperti durian dan ‘white coffee’. Kami turut berharap untuk meningkatk­an sinergi bagi inisiatif Jalur dan Laluan, selain membantu Malaysia menarik lebih ramai pelabur antarabang­sa dan pengunjung perdaganga­n berkualiti pada acara itu,” katanya.

Caexpo merupakan acara perdaganga­n utama di China.

Ia ditaja oleh kerajaan China dan negara-negara ASEAN dengan tujuan menggalakk­an Perjanjian Perdaganga­n Bebas China-ASEAN dan peluang perniagaan di bawah inisiatif Jalur dan Laluan, terutamany­a dalam perdaganga­n, pelaburan dan pelanconga­n.

Dari Januari hingga Februari tahun ini, jumlah perdaganga­n Malaysia dengan China meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM46.54 bilion berbanding RM43.14 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Jumlah eksport Malaysia menyumbang sebanyak RM18.74 bilion, naik 3.3 peratus, manakala import meningkat 11.2 peratus kepada RM27.79 bilion. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia