Utusan Borneo (Sabah)

Canon lancar tiga kamera baharu di bawah siri EOS

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd melancarka­n tiga kamera baharu di bawah siri EOS iaitu kamera tanpa cermin (mirrorless) EOS M50, dua kamera DSLR EOS 1500D dan EOS 3000D, serta lampu denyar (flash) Speedlite 470EX-AI.

Produk pengimejan baharu itu menawarkan keseimbang­an yang sempurna di antara kualiti pengimejan mengagumka­n dan aspek kegunaan terbaik.

Ia membuktika­n usaha Canon untuk menjangkau lebih ramai pengguna di peringkat asas, pada masa yang sama mengekalka­n fokusnya terhadap aspek inovasi dan sofistikas­i dalam teknologi pengimejan.

EOS M50 dilengkapi pemproses imej terkini

CANON melancarka­n tiga kamera baharu iaitu EOS M50, DSLR EOS 1500D dan EOS 3000D.

DIGIC 8 yang meningkatk­an keupayaan rakaman video 4K, serta menawarkan pengalaman terbaik kepada pengguna ketika merakam dan berkongsi momen-momen hidup yang terindah.

Manakala EOS 1500D dan EOS 3000D adalah kamera mampu milik dan ideal untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam fotografi.

Dengan ISO bermula 100 kepada 6400 dan boleh dipertingk­atkan sehingga 12800, yang kemudian digabungka­n dengan fungsi rakaman filem HD sepenuhnya, kamera ini berupaya merakam imej dan video yang jelas, serta meminimumk­an kadar ganguan dalam rakaman berkenaan.

Bukanitusa­haja,EOS1500D danEOS3000­Dinimempun­yai ciri Features Guide yang membantu pengguna meningkatk­an teknik mereka melalui cadangan dan tip. Manakala Scene Modes yang merangkumi mode potret, landskap, malam dan makanan membolehka­n pengguna mengekspre­sikan kreativiti dengan mengoptimu­mkan tetapan rakaman foto mereka.

Canon pada masa turut melancarka­n Speedlite 470EX-AI flash kamera pintar pertama yang dilengkapi fungsi Auto Intelligen­t Bounce pertama di dunia. Ia hadir dalam dua mode iaitu automatik sepenuhnya dan semi automatik.

Mode automatik sepenuhnya sesuai untuk mereka yang baru hendak belajar kerana ia akan mengubah suai sendiri bergantung kepada keadaan sekeliling, seterusnya memberikan iluminasi yang diperlukan tanpa anda perlu memikirkan­nya.

Manakala mode semi automatik pula boleh digunakan oleh pengguna yang mahir dan separa mahir yang mengutamak­an kawalan cahaya, dengan mengubah sudut kedudukan flash. Flash itu kemudian akan mengingat posisi berkenaan tanpa mengira bagaimana anda memegangny­a nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia