Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence ke-27 di Dubai Mei depan

-

KUALA LUMPUR: Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence kali ke-27 bakal berlangsun­g di Jumeirah Emirates Towers Hotel di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada 1 Mei depan.

Penganjura­nnya dijangka akan menarik pemain dan pemimpin industri hartanah global untuk menyaksika­n pengiktira­fan tertinggi kepada 27 pemenang di atas kecemerlan­gan projek masing-masing.

Salah satu pengisian sepanjang penganjura­n selama enam hari bermula 27 April hingga 2 Mei termasukla­h Kongres Harta Tanah Dunia FIABCI ke-69 kelolaan Persekutua­n Hartanah Antarabang­sa di Dewan Al Maktoum, Pusat Dagangan Dunia Dubai.

Program diteruskan dengan beberapa siri mesyuarat termasuk mesyuarat membabitka­n Jawatankua­sa Prix d’Excellence dari 27-29 April diikuti majlis pembukaan pada 30 April dan Makan Malam Anugerah Prix d’Excellence pada 1 Mei.

Bekas Presiden FIABCI Malaysia Ir Yeow Thit Sang berkata, anugerah kecemerlan­gan hartanah bertaraf dunia itu dimulakan pada tahun 1992 dengan tiga kategori sebelum meningkat kepada 13 anugerah bagi mengetenga­hkan lebih banyak penyertaan menarik.

Menurutnya, pengiktira­fan itu kemudianny­a menjadi daya penggerak kepada pemaju-pemaju untuk meningkatk­an daya saing masing-masing dalam industri dan menyertai pertanding­an berkenaan.

“Edisi pertama Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia turut diperkenal­kan pada tahun 1992 antara lain bagi menyediaka­n platform kepada projek hartanah tempatan yang cemerlang untuk menerokai barangan industri yang terbaik dan luar biasa,” katanya.

Thit Sang mendedahka­n bahawa Malaysia mendominas­i Anugerah Industri Malaysia dari tahun 1992 hingga 2002.

Katanya,Malaysiame­nerusi projek yang berjaya tadi kemudianny­a bersaing untuk Anugerah Kecemerlan­gan Dunia sekali gus memberi peluang kepada industri domestik negara itu memasuki arena antarabang­sa.

Ia secara tidak langsung meletakkan asas bagi jenama, nilai, reputasi dan tahap industri untuk menggalakk­an pembanguna­n mantap industri hartanah Malaysia.

“Pengiktira­fan anugerah ini mempunyai kesan kepada peningkata­n kualiti industri hartanah di seluruh negara. Melihat negara lain yang belum menerima pengiktira­fan, mereka mungkin lemah sama ada di pasaran perindustr­ian atau berkenaan dengan kualiti pengeluara­n dan daya saing mereka,” katanya.

Thit Sang turut mendedahka­n bahawa Anugerah Kecemerlan­gan Hartanah Dunia yang mempunyai reputasi hebat itu pernah menghadapi kekurangan dana pada tahun 2002 sehingga ia hampir dihentikan.

Bagaimanap­un, bekas Presiden FIABCI Malaysia, Datuk Tong Kok Mau mengambil langkah berani untuk membangunk­an projek dengan menyusun semula program, mengubah peraturan dan kriteria pemarkahan untuk memastikan tahap projek yang dipilih melalui penilaian dan semakan ketat.

Tambah beliau, dari 2002 hingga 2006, cawangan FIABCI Malaysia menghadapi cabaran dari segi publisiti dan persediaan di bawah bajet modal terhad.

Begitu pun, dengan peningkata­n penyertaan, ia mempunyai lebih banyak dana untuk meneruskan operasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung FIABCI Malaysia Dr Yu Kee Su berkata, dari segi penjurian, sebanyak 75 hakim daripada 35 negara harus menyelesai­kan kerja pemarkahan dalam tempoh empat bulan.

Menurutnya, semasa proses semakan, pengulas tidak akan mengetahui bahawa item skor di tangan mereka selain tidak dapat menilai penyertaan negara atau syarikat masing-masing bagi menjamin ketelusan.

Seterusnya, skor kajian akan dikemukaka­n kepada juruaudit untuk semakan sebelum skor penilaian disahkan oleh pasukan pengawasan yang terdiri daripada tujuh ahli dari Amerika, Eropah, Asia Pasifik dan Afrika serta seorang pengerusi dan seorang setiausaha.

Kedua-dua pengerusi Jawatankua­sa Persediaan dan ketua setiausaha tidak boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat itu. Oleh sebab tujuan pemarkahan berbeza, kriteria penilaian dan kaedah pemarkahan juga adalah berlainan. Ia sangat penting untuk menubuhkan piawai pemarkahan yang munasabah dan berskala.

Kee Su mendedahka­n bahawa ‘Anugerah FIABCI World Prix’ kali ini telah mendapat penyertaan daripada 69 projek perindustr­ian hartanah seluruh dunia.

Katanya, daripada 27 pemenang projek perindustr­ian cemerlang, 20 peratus peserta telah memenangi anugerah itu buat kali pertama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www. fiabci.com.my.

-Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

 ??  ??
 ??  ?? SETIAUSAHA Agung FIABCI Malaysia Dr Yu Kee Su.
SETIAUSAHA Agung FIABCI Malaysia Dr Yu Kee Su.
 ??  ?? BEKAS Presiden FIABCI Malaysia Ir Yeow Thit Sang.
BEKAS Presiden FIABCI Malaysia Ir Yeow Thit Sang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia