Utusan Borneo (Sabah)

77 inovasi pada Program Mai Tah Be’inovasi@ Labuan 2018

-

LABUAN:Sebanyak77­inovasi daripada warga pendidik Wilayah Persekutua­n (WP) Labuan dan seluruh Malaysia akan bertanding pada Program Mai Tah Be’inovasi@WP Labuan peringkat Kebangsaan 2018 yang akan berlangsun­g selama dua hari di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan Labuan pada 27-28 April ini.

Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Labuan merangkap Pengurus Program Khaziyati Osman berkata, program itu merupakan pertama kali dilaksanak­an oleh Sektor Jaminan Kualiti yang menggabung­kan kepelbagai­an inovasi dan kreativiti.

Katanya, program itu merupakan platform guru untuk mempamerka­n hasil inovasi dan idea kreatif mereka dalam mendidik anak murid melalui pertanding­an.

“Program ini juga dapat mempromosi hasil inovasi dan kreativiti pendidikan kepada orang awam melalui pameran bahan-bahan inovasi yang dipertandi­ngkan serta persembaha­n Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) di lokasi strategik iaitu pusat beli-belah di WP Labuan,” katanya.

Tambahnya, program itu juga dapat mempromosi WP Labuan kepada para peserta daripada seluruh Malaysia iaitu sebagai salah satu destinasi pelanconga­n yang menarik.

Khaziyati berkata program itu adalah kolaborati­f di antara Sektor Jaminan Kualiti dan Jawatakuas­a Inovasi dan Kreativiti Negeri yang mencermink­an satu komitmen padu antara kedua-dua pihak bagi memacu Agenda Transforma­si Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

“Program ini mempunyai tiga aktiviti utama iaitu Jom KICK (Kongsi Inovasi Cerita Kreativiti), Pertanding­an KIK dan Pertanding­an Inovasi Guru.

“Jom KICK merupakan tips kejayaan inovasi, aktiviti interaktif inovasi dan Permainan Kahoot,” katanya.

Antara penceramah program ialahProfM­adyaDrNoor­hafiza Muhammad dari UniMAP dan Lt Kol Mohd Ghazali Abdul Rahman, Pegawai Tentera Darat Malaysia Kuala Lumpur.

Pertanding­an KIK menyasarka­n 26 kumpulan KIK dari 26 sekolah di sini.

Manakala Pertanding­an Inovasi Guru (TIC) yang mempunyai dua kumpulan iaitu Amatur dan Profesiona­l.

Ia mempunyai lima kategori iaitu individu PPKI, Individu Prasekolah, Individu Sekolah Rendah, Individu Sekolah Menengah dan Kumpulan.

Peserta akan mendapat sijil dan medal iaitu Platinum, Emas, Perak dan Gangsa.

Program itu akan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia