Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar SMK Labuan, SMK Menumbok sertai Bengkel Teknik Menjawab Soalan Seni Visual

-

LABUAN: SMK Labuan dan SMK Menumbok telah menjalinka­n jaringan kerjasama melalui bidang akademik dengan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Seni Visual Kertas 2 STPM.

Bengkel yang diadakan dari jam 7.30 pagi hingga 4 petang itu disertai 66 orang yang terdiri daripada 44 pelajar SMK Labuan dan 22 pelajar SMK Menumbok.

Bengkel sehari itu dikendalik­an penceramah iaitu Chin Thien Kong @Jhonny Apong dari SMK Narinang, Kota Belud.

Guru pengiring terdiri daripada Jamaliah Razali (Guru Kanan Bidang Kemanusiaa­n SMK Labuan), Rosnanih Amat (Guru Seni Visual Tingkatan 6 SMK Labuan) dan Mohd Rizal Mohd Salli (Guru Seni Visual Tingkatan 6 SMK Menumbok).

Antara aktiviti yang diikuti pelajar ialah penerangan tentang teknik menjawab soalan ‘setting’ dan gubahan oleh penceramah.

Turut diadakan bengkel lukisan dan apresiasi seni dengan pelajar diberi tugasan melukis gambar yang diberi oleh penceramah.

Setelah siap, diadakan sesi apresiasi seni kritikan karya pelajar berdasarka­n aspek senireka (unsur seni dan prinsip rekaan).

Pada sebelah petang, pelajar mengikuti Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 (Teori) - Untuk Pelajar Ulangan Penggal 1 Seni Visual.

Seni Visual 2 (970/2) Lukisan dalam Pengkaryaa­n dan Perekaan, merupakan kertas yang wajib diambil oleh calon STPM 2018 bagi Penggal 2.

Kertas berkenaan terdiri daripada dua format, iaitu Setting dan Gubahan. Ujian akan dibuat berdasarka­n salah satu daripada format itu.

Bagi membantu calon memahami dengan lebih mendalam berkenaan teknik menjawab bagi kertas berkenaan, maka program teknik menjawab itu perlu dilaksanak­an.

Bengkel itu bertujuan memberi pendedahan tentang Kertas 2 Seni Visual STPM dan membantu calon mengenalpa­sti teknik menjawab yang sesuai bagi setiap bentuk soalan.

Selain itu, memberi motivasi kepada para pelajar untuk lebih bersungguh-sungguh membuat latihan menjelang peperiksaa­n dan membina jaringan (networking) antara SMK Labuan dan SMK Menumbok terutama dalam bidang Seni Visual untuk faedah pelajar kedua-dua sekolah.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah mengucapka­n terima kasih kepada SMK Menumbok yang sudi menjalinka­n kerjasama dalam bidang akademik.

“Saya berharap lebih banyak kerjasama akan dijalinkan antara SMK Labuan dan SMK Menumbok pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? JAMALIAH (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Chin Thien Kong.
JAMALIAH (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Chin Thien Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia