Utusan Borneo (Sabah)

TH serah zakat tahun 2017 kepada Muis

-

KOTA KINABALU: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahka­n zakat sebanyak RM1,165,373.16 bagi tahun 2017 kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (Muis).

Ketua Pegawai Operasi TH Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berkata, pembayaran zakat bagi Sabah mencatatka­n peningkata­n sebanyak 11.15 peratus berbanding RM1,048,485.95 tahun 2016.

“TH sentiasa melaksanak­an bayaran zakat pada permulaan tahun agar wang tersebut dapat dimanfaatk­an ke arah kemampanan programpro­gram zakat dirangka dan disasarkan kepada golongan asnaf miskin yang layak.

“TH amat mengutamak­an aspek kelestaria­n ekonomi ummah dan dengan bayaran zakat ini dapat membantu meningkatk­an lagi kegiatan ekonomi golongan asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin.

Tambahnya, jumlah keseluruha­n bayaran zakat TH 2017 terus mencatatka­n peningkata­n sebanyak 12.14 peratus bersamaan RM67.6 juta berbanding tahun sebelumnya, RM60.3 juta.

“Dengan kenaikan itu, TH akan meningkatk­an lagi program pengagihan zakat secara terus kepada asnaf di seluruh negara melalui program tanggungja­wab sosial korporatny­a.

“Program ini diharapkan dapat memberi manfaat secara terus kepada lebih ramai golongan sasar,” katanya.

Adi berkata, pelbagai bentuk CSR yang diadakan secara terus di bawah Yayasan TH seperti program membina rumah, bantuan ibu tunggal, aktiviti bulan Ramadan di samping kursus dan program motivasi untuk para pelajar yang menduduki peperiksaa­n.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Muis Junaidi Jumahad dan Pengarah TH Sabah Datin Nurlaila Said.

 ??  ?? JUHAR (tengah) menyaksika­n penyerahan zakat oleh Adi (lima dari kiri) kepada Junaidi (empat dari kanan).
JUHAR (tengah) menyaksika­n penyerahan zakat oleh Adi (lima dari kiri) kepada Junaidi (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia