Utusan Borneo (Sabah)

Majlis pelancaran ‘Target’ SMJK Ken Hwa meriah

-

KENINGAU: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ken Hwa, di sini, telah mengadakan Majlis Pelancaran ‘Target’ Sekolah dan Penyampaia­n Insentif Pelajar Cemerlang PT3, SPM, STPM 2107 dan Ujian 1 untuk tahun 2018.

Majlis yang diadakan pada setiap tahun itu juga bagi menentukan hala tuju sekolah dalam bidang akademik pada tahun 2018.

Pengetua Chong Nyuk Choon, berkata tahun 2018 merupakan tahun yang sangat mencabar kerana pihak sekolah menghadapi kekurangan­sumberkewa­ngan yang membina bangunan sekolah yang baharu.

Bagaimanap­un katanya, ia bukan penghalang untuk pihak sekolah menghargai pelajar yang telah menunjukka­n keputusan memberangs­angkan dalam peperiksaa­n awam dan peperiksaa­n dalaman.

“Majlis ini adalah bukti kemenjadia­n usaha pihak sekolah mengenang jasa pelajar yang terlibat. Usaha ini menjadi kenyataan kerana wujudnya hubungan yang erat antara PIBG sekolah, Pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS), pihak Alumni serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

“Tanpakhidm­atbaktisem­ua pihak yang terlibat, kejayaan ini tidak akan tercapai dan saya mengucapka­n jutaan terima kasih atas semua usaha guruguru penolong kanan, ketuaketua bidang serta guru-guru yang telah begitu banyak menyumbang bakti dan keringat bagi merealisas­ikan impian ini,” katanya.

Majlis berkenaan dirasmikan Yang Dipertua PIBG SMJK Ken Hwa Lily Tham dan turut dihadiri Ketua Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Usrah Wahid.

Dalam ucapannya, Usrah mengucapka­n syabas dan tahniah atas kejayaan pihak sekolah mengadakan majlis yang sangat penting itu.

“Pihak PPD sentiasa menyokong usaha pihak sekolah untuk melihat kejayaan pelajar dan sokongan daripada pihak PIBG, LPS serta Alumni sudah tentunya akan memberikan impak yang amat baik kepada pelajar.

“PPD Keningau juga akan memberikan sokongan penuh kepada pihak sekolah demi mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau menasihatk­an pelajar agar tidak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah kerana peluang hanya datang sekali seumur hidup.

Antara penerima insentif cemerlang PT3 2017 ialah Adryana Lau Shen Yee (8A), Nur Syaza Ma Abrihim @Ibrahim (8A), dan Siti Isya Syahira Iskhak @Latip (7A).

Pelajar cemerlang SPM 2017 pula ialah Shang See Lim (5A+, 5A), Angel Voo Chai Hung (6A+, 3A, 1B+) dan Mohammad Joshua Koh Shaffrie (5A+, 1A, 3A-) manakala pelajar cemerlang STPM ialah Penny Woo (PNGK 3.67), Marla Ivetta Lazarus (PNGK 3.59) dan Christine Goh Wun Jun (PNGK 3.58).

Untuk rekod, target Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) SMJK Ken Hwa bagi peperiksaa­n awam 2018 ialah PT3 (3.62), SPM (4.50) dengan mencapai peratus kelulusan 88 peratus dan STPM (2.68) serta mampu mengekalka­n pencapaian lulus 100 peratus bagi tahun keempat berturut-turut.

 ??  ?? SUASANA pada majlis berkenaan yang berlangsun­g dengan meriah.
SUASANA pada majlis berkenaan yang berlangsun­g dengan meriah.
 ??  ?? BARISAN pentadbir SMJK Ken Hwa dan tetamu jemputan khas.
BARISAN pentadbir SMJK Ken Hwa dan tetamu jemputan khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia