Utusan Borneo (Sabah)

Quenewrita­h jadikan SFFC saluran gaya hidup sihat

Quenewrita­h jadikan SFFC saluran gaya hidup sihat

- Oleh CLARICE USOP

MELIHAT ahli keluarga dan sahabat hidup menderita akibat penyakit kronik, memberikan kesedaran kepada seorang pendidik dari daerah Kota Belud ini mengenai kepentinga­n gaya hidup sihat.

Ekoran daripada itu, pengurus Sweat Factory Fitness Centre (SFFC) Quenewrita­h Maritin,

30, mengasaska­n pusat kecergasan dan kesihatan ini untuk menjadi saluran kesedaran dalam masyarakat betapa kesihatan harus diutamakan.

“Secara peribadi, kami melihat kesedaran masyarakat tentang pentingnya amalan gaya hidup sihat masih kurang

QUENEWRITA­H MARITIN

memberangs­angkan.

“Ramai rakan bahkan ahli keluarga kami sendiri yang mengalami masalah kesihatan disebabkan gaya hidup. Malah ada antara mereka yang sudah ‘pergi’ dan itu sangat mengecewak­an,” katanya.

Coretan sedih yang tidak dilupakan, apabila rakan baiknya sendiri mengalami masalah obesiti turut datang ke pusat SFFC untuk berlatih, namun bukan semua yang diharapkan berjalan lancar.

“Mendiang sempat beberapa kali ke pusat kecergasan kami untuk menjalani latihan, selain sempat berkongsi dengan kami tentang kesulitan disebabkan keadaannya.

“Namun tidak lama selepas itu, ajal menjemputn­ya. Hal ini menyedarka­n kami bahawa sangat penting

Pengurus Sweat Factory Fitness Centre (SFFC)

menyampaik­an mesej amalan hidup sihat,” katanya.

Sejak daripada kejadian itu, mereka semakin aktif membawa rakan-rakan berlatih bersama, disamping memberikan impak positif agar bergiat aktif dalam latihan kecergasan.

SFFC bukan hanya sebagai pusat kecergasan, tetapi juga sebagai tempat untuk berkumpul dan mewujudkan ikatan kekeluarga­an.

“Kami menjadi kumpulan sokongan kepada mereka yang belum mempunyai keyakinan mengubah gaya hidup lama kepada yang lebih sihat.

“Kini kami sudah memasuki tahun ketiga (penubuhan SFFC) dan sangat bangga kerana ramai wanita yang datang ke pusat ini, memberikan inspirasi kepada orang sekeliling dalam aspek kesihatan,” katanya.

Menjadi seorang ibu, pendidik dan mengurus aktiviti SFFC bukanlah mudah, tetapi kunci utama adalah pengurusan masa.

Beliau bersyukur apabila mempunyai ibu dan suami Rowell Bombon, 34, sebagai ketua jurulatih yang banyak membantu, memahami dan mendorongn­ya.

“Pada hari Jumaat dan Sabtu, hari yang ditetapkan untuk berlatih bersama rakan-rakan di SFFC. Saya pastikan semua kerja rumah atau urusan berkaitan anak diselesaik­an dahulu.

“Masa latihan juga saya sudah tetapkan selama dua jam, sejurus itu saya bergegas pulang ke rumah untuk membantu ibu menyiapkan kerja yang perlu,” katanya.

Menurutnya, masa berkualiti bersama keluarga di rumah amat bermakna dan hal-hal luar akan diketepika­n buat sementara waktu.

Ibu kepada seorang anak ini juga percaya tumpuan dalam tugasan sangat penting untuk mendapatka­n hasil yang baik, selain berfikiran positif dan hati yang tenang untuk melaksanak­an tanggungja­wab akan mempengaru­hi cara kerja.

“Sekiranya saya tidak ‘paksa diri’ terlibat dengan aktiviti kecergasan dan akhirnya jatuh sakit, siapa yang akan menjaga keluarga saya nanti?

“Sesetengah individu berfikir bersenam untuk kelihatan cantik, tetapi pendapat saya fizikal kita perlu bergerak aktif agar cergas dan minda lebih fokus,” katanya dan menambah, orang ramai boleh mengetahui aktiviti mereka di laman sosial

Facebook Sweat Factory. Sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini, SFFC mengadakan lawatan amal di wad kanak-kanak hospital Kota Belud, untuk mendekatka­n kumpulan terbabit dengan masyarakat setempat, disamping mempromosi­kan gaya hidup sihat.

Kami menjadi kumpulan sokongan kepada mereka yang belum mempunyai keyakinan mengubah gaya hidup lama kepada yang lebih sihat. Kini kami sudah memasuki tahun ketiga (penubuhan SFFC) dan sangat bangga kerana ramai wanita yang datang ke pusat ini, memberikan inspirasi kepada orang sekeliling dalam aspek kesihatan.

 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang ahli SFFC melakukan senaman angkat berat.
SALAH seorang ahli SFFC melakukan senaman angkat berat.
 ??  ?? QUENEWRITA­H memberi inspirasi betapa pentingnya aspek kesihatan.
QUENEWRITA­H memberi inspirasi betapa pentingnya aspek kesihatan.
 ??  ?? PARA peserta melakukan senaman plank untuk mengempisk­an perut.
PARA peserta melakukan senaman plank untuk mengempisk­an perut.
 ??  ?? QUENEWRITA­H (tiga, kanan) bersama rakan-rakan SFFC.
QUENEWRITA­H (tiga, kanan) bersama rakan-rakan SFFC.
 ??  ?? SFFC juga aktif mengikuti aktiviti luar.
SFFC juga aktif mengikuti aktiviti luar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia