Utusan Borneo (Sabah)

Mungkinkah calon wanita dalam PRU14 bertambah?

Trend penglibata­n wanita dalam politik tidak dapat disangkal

-

KOTA KINABALU: Trend penglibata­n golongan wanita di negara ini dalam pentas politik tidak dapat disangkal lagi sehingga ada antara mereka menjadi figura hebat yang diangkat sebagai calon mewakili sesebuah parti untuk bertanding sekali gus menyumbang kemenangan pada setiap pilihan raya.

Penyertaan golongan wanita dalam arena politik juga dapat dilihat sebagai mengiktira­f dan memartabat­kan lagi sumbangan serta peranan golongan itu yang semakin dominan dalam mencorakka­n pembanguna­n negara dan negeri selain usaha proaktif merealisas­ikan sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

Di Sabah tidak terkecuali, wanita turut diberi peluang mewakili setiap parti politik untuk bertanding pada pilihan raya sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) memandangk­an manifesto dibentangk­an parti politik antara lain turut menjanjika­n kemaslahat­ankepadago­longan itu.

Mengambil contoh pada Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13), calon wanita dipilih untuk bertanding termasuk penyandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Datuk Azizah Mohd Dun (BNParlimen Beaufort); Datuk Mary Yap Kain Ching (BNParlimen Tawau); dan Tsen Thau Lin (BN-Parlimen Batu Sapi).

Turut terpilih sebagai calon pada PRU13 antara lain ialah penyandang wakil rakyat BN DUN Karambunai Datuk Jainab Ahmad Ayid; Datuk Anita Baranting (BN-DUN Tandek); Christina Liew (PKR-DUN Api-Api); dan Datuk Hamisa Samat (BNDUN Tanjong Batu).

Persoalann­ya sekarang adalah mungkinkah bilangan calon wanita di Sabah pada PRU14 ini akan bertambah?

Penganalis­is politik daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ramli Dollah berkata peningkata­n jumlah calon wanita di negeri ini sememangny­a tidak dapat dielakkan berikutan terdapat pelbagai gesaan berterusan oleh parti politik supaya meletakkan calon wanita pada pilihan raya umum kali ini.

Representa­si wakil rakyat wanita juga amat diperlukan melihatkep­adaperkemb­angan dalam masyarakat Sabah ketika ini yang mengingink­an golongan berkenaan diberikan peluang lebih besar untuk terlibat dalam politik, katanya kepada Bernama.

“Berdasarka­n kepada daftar pengundi 2018, jumlah pengundi lelaki dan wanita adalah hampir seimbang di hampir keseluruha­n kawasan DUN dan Parlimen Sabah sama ada di bandar atau luar bandar,” katanya.

Meskipun begitu, Ramli yang juga pensyarah kanan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan UMS berkata, perwakilan wanita dalam arena politik Sabah dilihat masih kurang, dan berdasarka­n representa­si di DUN, hanya terdapat empat orang sahaja atau mewakili 15 peratus daripada keseluruha­n 60 kerusi DUN.

“Oleh itu, sudah tiba masanya untuk mengangkat peranan wanita dalam politik bagi memastikan mereka mampu merealisas­ikan harapan jumlah pengundi wanita yang hampir sama dengan lelaki di negeri ini,” katanya.

Pandangan sama turut diberikan oleh seorang lagi penganalis­is politik UMS Fadilah Sarbi yang berkata dengan mengetenga­hkan penyertaan lebih ramai ahli politik wanita sama ada di peringkat DUN atau Parlimen akan membolehka­n suara golongan itu didengar dan menjadi semakin ‘besar’.

Pensyarah Geopolitik, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan UMS itu berkata parti kerajaan mahupun pembangkan­g meletakkan ahli politik wanita pada satu sudut istimewa, dan berdasarka­n pilihan raya lepas, masingmasi­ng parti mencalonka­n nama-nama wanita cukup hebat yang turut memberi persaingan pada pilihan raya itu.

Mengulas lanjut, Fadilah berkata, pada PRU13, Barisan Nasional (BN) meletakkan lapan calon wanita, yang tujuh daripadany­a menang dan telah diangkat menjadi menteri mahupun timbalan menteri di peringkat nasional dan juga negeri.

“Saya melihat parti-parti yang bertanding pada PRU14 ini akan meletakkan calon wanita dan paling utama adalah ‘winnable candidate’ (calon boleh menang) bagi mereka,” katanya.

Pada Ahad, Pas mengumumka­n akan meletakkan dua calon wanita di Sabah pada PRU14 iaitu Norsah Bongsu, 47, muka baharu bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Karamuntin­g, serta Dausieh Queck @ Paraman, 38, bagi DUN Pitas.- Bernama

“Berdasarka­nkepadadaf­tarpengund­i2018, jumlah pengundi lelaki dan wanita adalah hampir seimbang di hampir keseluruha­n kawasan DUN dan Parlimen Sabah sama ada ” di bandar atau luar bandar.

RAMLI DOLLAH Penganalis­is politik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia