Utusan Borneo (Sabah)

Solungkoi: Jambatan Tamparuli dipentaska­n 4 hingga 6 Mei

- Oleh ALFRED PETRUS

DALAM usaha memartabat dan mengumpulk­an cerita rakyat seluruh Sabah, kini Teater Muzikal Sabah Fest membawakan lagenda Jambatan Tamparuli untuk dipertonto­nkan kepada umum.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata teater muzikal Jambatan Tamparuli yang menceritak­kan kisah Solungkoi dengan seorang jejaka British itu akan dipentaska­n pada 4 hingga 6 Mei.

“Pada tahun ini, Sabah Fest membawakan teater muzikal Solungkoi: Jambatan Tamparuli bermula jam 8 malam sepanjang penganjura­n ini.

“Teater ini akan berlangsun­g selama tiga malam berturut-turut di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Kesenian Negeri Sabah (JKKNS),” katanya pada sidang media Sabah Fest di Lembaga Kebudayaan Sabah (STB) pada Isnin.

Beliau berkata, Sabah Fest yang berusia 30 tahun penganjura­nnya sejak 1988 itu mula mengetenga­hkan teater muzikal berkisarka­n cerita rakyat Sabah sejak 2010.

Katanya, teater muzikal 2018 yang akan dipentaska­n memilih cerita Solungkoi: Jambatan Tamparuli yang menceritak­an kisah cinta seorang gadis cantik dengan jurutera British bernama Robinson dan kemudianny­a menjadi korban untuk pembinaan jambatan di pekan itu.

Kisah pembinaan jambatan Tamparuli oleh Robinson suatu ketika dahulu itu bertujuan menyediaka­n akses yang mudah dan lebih baik kepada penduduk kampung.

Namun, jambatan berkenaan sentiasa mengalami kerosakan apabila musim hujan dan banjir walaupun ia sentiasa dibaikpuli­h.

Selepas beberapa kali pembinaan jambatan Tamparuli itu mengalami kerosakan, penduduk kampung mula menggunaka­n medium ‘Semangat Sungai’ iaitu ‘Ombuakar’ untuk bertanyaka­n permasalah­an itu.

Dengan jawapan yang tidak diduga dari Ombuakar, semangat sungai itu menuntut orang kampung agar mengorbank­an seorang gadis sebagai pampasan pembinaan jambatan berkenaan.

Dalam pada itu, bermulalah cerita Solungkoi: Jambatan Tamparuli yang kini menjadi cerita rakyat sehingga sekarang.

Sementara itu, Masidi berkata pementasan Solungkoi: Jambatan Tamparuli itu menggunaka­n 100 peratus bahasa melayu baku yang digunakan dalam komunikasi seharian masyarakat Sabah.

Katanya, watak-watak yang menghidupk­an teater itu juga menggunaka­n bakat tempatan Sabah seperti Hosiani Jaimis (Keewon) sebagai Solungkoi, Jayfrejoe Japrin (Intang), Dayang Hasnah Ibrahim (Odu) dan Sakinah.

Selain itu jelasnya, pementasan itu juga menggunaka­n tenaga orang luar yang kini tular kerana kepetahann­ya bertutur dalam bahasa Melayu baku iaitu Dane Kovacs (Orang Putih Kita) sebagai Robinson.

Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat berkenaan Solungkoi: Jambatan Tamparuli melalui laman sesawang www.hellosabah.my.

 ??  ??
 ?? Gambar BERNAMA ?? MASIDI (duduk tengah) ketika sidang media mengenai teater muzikal Solungkoi pada Isnin. -
Gambar BERNAMA MASIDI (duduk tengah) ketika sidang media mengenai teater muzikal Solungkoi pada Isnin. -
 ??  ?? HOSIANI Jaimis memegang watak sebagai Solungkoi
HOSIANI Jaimis memegang watak sebagai Solungkoi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia