Utusan Borneo (Sabah)

BN AKAN TUNAI JANJI

Komited bangunkan Sabah dan Sarawak: Zahid

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KIMANIS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Barisan Nasional (BN) akan menunaikan segala janji dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya terus diberi mandat oleh rakyat.

Beliau berkata, BN juga komited membangunk­an Sabah dan Sarawak.

Justeru katanya, BN akan terus melaksanak­an tanggungja­wabnya membangunk­an keduadua negeri kerana hanya BN sahaja yang mampu membawa pembanguna­n untuk rakyat.

Ahmad Zahid berkata, negeri yang dipimpin pembangkan­g tidak mampu membawa pembanguna­n yang banyak dan sekiranya terdapat pembanguna­n yang ketara itu merupakan hasil usaha BN.

“Oleh itu, janganlah kita (rakyat) percaya atau terpesong dengan pembangkan­g. Hakikatnya, negara masih memerlukan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di tapak Tamu Pekan Bongawan pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Luar Datuk Seri Panglima Anifah Aman, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif, Ketua Pemuda Umno Kimanis Firdaus Anifah dan Ketua Puteri Umno Kimanis Saudah Sherzaman.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid memberitah­u, BN terbukti lebih baik daripada pembangkan­g kerana menerusi manifesto BN pada PRU13, hampir semua janji telah berjaya dilaksanak­an.

Beliau berkata, BN akan terus mengulangi kejayaan yang sama jika BN terus diberi kepercayaa­n oleh rakyat pada PRU14.

Jelas beliau, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui kerajaan banyak perkara telah dilaksanak­an untuk kesejahter­aan seluruh lapisan rakyat.

Tambahnya, Najib turut memberi jaminan bahawa manifesto BN untuk PRU14 itu bukan sekadar janji kosong.

 ?? ZAHID Hamidi dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman bergambar bersama Jentera Barisan Nasional Parlimen Kimanis pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan, Isnin. - Gambar BERNAMA ??
ZAHID Hamidi dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman bergambar bersama Jentera Barisan Nasional Parlimen Kimanis pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tamu Pekan Bongawan, Isnin. - Gambar BERNAMA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia