Utusan Borneo (Sabah)

Empat acara baharu sambutan Kaamatan Bandaraya 2018

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menampilka­n empat acara baharu sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Bandaraya 2018 yang berlangsun­g 4 hingga 6 Mei bertempat di Padang Merdeka.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, acara terbaharu itu ialah Pertanding­an Mr Kaamatan, Pertanding­an Orang Kuat, Pertanding­an Bina Badan dan Pertanding­an Fesyen Kanak-Kanak Perempuan.

“Orang kuat Kaamatan, Bina Badan dan Fesyen Kanak-Kanak Perempuan akan berlangsun­g pada 5 Mei (hari kedua) bermula jam 7 pagi hingga 5 petang di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

“Manakala, Pertanding­an Mr Kaamatan diadakan pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan jam 6 petang hingga 10.45 malam yang dijangka disempurna­kan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak,” katanya pada sidang media Pesta Kaamatan Bandaraya 2018, di sini pada Isnin.

Yeo berkata, tahun ini juga terdapat beberapa perubahan drastik dari segi perjalanan program iaitu pengumuman keputusan Unduk Ngadau akan diketahui pada hari perasmian pesta berkenaan.

Katanya, seramai 10 finalis akan bertanding untuk merebut gelaran Unduk Ngadau Bandaraya yang akan mewakili bandaraya untuk bertanding pada peringkat negeri 31 Mei ini.

“DBKK juga akan menganjurk­an Pertanding­an Unduk Ngadau dan Pertanding­an Sugandoi untuk mewakili Likas sahaja.

“Cuma kali ini, kedua-dua pertanding­an akhir akan diadakan lebih awal iaitu pada 1 Mei bertempat di Palm Square Centre Point bermula jam 11 pagi,” katanya.

Yeo yang juga pengerusi Jawatankua­sa Induk Perayaan Pesta Kaamatan itu berkata, sebanyak 150 gerai jualan dan gerai pameran turut dibuka sepanjang tiga hari berkenaan.

Katanya, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan merasmikan pesta berkenaan yang bertemakan ‘Kebudayaan Asas Perpaduan dan Persaudara­an’ itu.

 ??  ?? YEO bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama finalis peserta Unduk Ngadau dan Mr Kaamatan.
YEO bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama finalis peserta Unduk Ngadau dan Mr Kaamatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia